AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Sabtu, 3 November 2012

BICARA CINTA



‘Hadirnya cinta seolah mengirim nafas baru kepada kehidupan. Namun bermaknakah cinta sesama makhluk andai tidak seiring redha sang Khaliq Cinta? Ya Allah, jadikan cinta kami kepadaMu sebagai cinta yang terulung agar dapat kami mencintai makhlukMu sekadar apa seadanya.’


Allah yang menghembuskan cinta pada diri manusia. Atas dasar cinta, bertautlah hati Adam dan Hawa. Dan di atas dasar cinta, lahirlah generasi yang mewarnai wajah dunia.
Alhamdulillah. Allah menganugerahkan kepadaku rasa cinta. Dengan cinta yang Dia kurniakan, aku mengecapi segala nikmat yang tak terhitung banyaknya,

“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung”

Kerana cintaNya, aku hidup. Hidup dengan nikmat Iman dan Islam. Hidup dalam jagaan, perlindungan dan kasih sayangNya. Dilimpahi ku dengan kebahagiaan. Memiliki sebuah keluarga yang bahagia, memiliki sahabat- sahabat yang setia. Betapa luasnya kasih sayang Allah, terlalu sehingga aku tak mampu mengukirnya dengan kata- kata. Andai dihimpunkan sejuta orang penyair terhebat alaf ini untuk mengungkapkan kebesaran cintaNya, betapa aku pasti ia tidak akan pernah dapat tergambar!

Kadang- kadang dihadiahi aku dengan kesusahan, kesakitan, kepedihan, kesedihan. Oh bukan untuk menyeksa aku sebenarnya, tapi sebagai tanda ingatan yang tak pernah putus dariNya. Mungkin aku terleka diulit nikmat, lalu dihantar sedikit ujian untuk mengetuk hatiku dari terus lena dan jauh daripadaNya. Sungguh lisanku kelu untuk mengungkapkan bagaimana agungnya cinta Dia kepadaku!

Aku bukan wanita sufi seperti Rabiatul Adawiyah. Begitu tulus mencintai RobbNya. Namun aku pelajari banyak falsafah cinta daripadaNya. Terlalu jauhnya perbezaan antara aku dan dia. Saat dia menyerahkan seluruh cinta yang ada pada dirinya kepada Yang Maha Pencipta, aku masih lagi terikat dengan cinta kepada makhlukNya.

‘Jika aku menyembahMu kerana takut kepada api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya. Jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadaNya. Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu , maka berikanlah aku balasan yang besar. Berilah aku keizinan untuk melihat wajahMu Yang maha besar dan Mulia itu.’

Aku tidak sekuat wanita sufi ini, bersendirian untuk meraih cintaNya. Maka aku memilih untuk mencari pemilik tulang rusukku bagi menyempurnakan perjalanan cintaku kepadaNya. Aku memilih untuk mencintai dia yang memperhebat diri dalam mencintai Tuhannya agar dapat aku menumpang cinta miliknya untuk meraih cinta yang pertama dalam hidup ini.

Demi Allah, dia tidak perlu bersusah payah menzahirkan cintanya kepadaku dengan limpahan harta atau kekayaan, tidak perlu menambat hatiku dengan gaya dan ketampanan. Bukan itu yang aku harapkan! Yang ku impikan dia mengerti kedudukannya sebagai seorang lelaki, anak, suami, dan abdi kepada Ilahi. Apa yang benar- benar aku inginkan, dia berusaha untuk meluruskan aku dengan penuh hikmah dan sabar di saat aku bengkok dari landasan mustaqim. Malah dia siap memiliki usaha untuk mencontohi Rasulullah walau aku tahu tidak akan ada manusia yang dapat menandingi Rasulullah. Semoga dia dapat mencintai aku dengan segala kelebihan dan kekurangan yang aku ada lantas memimpin aku menjadi abdi yang tulus mencintai Tuhanku.

‘Ya Allah, bukan ku minta seorang akhi yang sempurna untuk menemaniku lewat perjuangan ini, kerana aku seorang ukhti yang penuh kelemahan, serba kekurangan. Namun aku berharap untuk mencintai segala kelebihan dan kekurangan yang dia ada lantas menjadikan kami saling menyempurnakan antara satu sama lain di mataMu.

Ya Allah, aku memerlukan dia untuk memperteguh cintaku kepadaMu dan semoga kehadiranku dalam hidupnya juga akan memperteguh cintanya kepadaMu. Aku berdoa semoga dia mampu membuatku tersenyum untuk melalui hari- hari yang penuh mehnah dan ujian hingga aku juga mampu untuk menjadi penawar kepada hatinya saat kesedihan atau keresahan.’

Saat ini, aku masih tidak bertemu pemilik tulang rusukku. Aku juga tidak berlelah untuk mencari dan terus mencari kerana aku yakin, bila saatnya aku dan dia telah siap, Allah akan mengatur pertemuan kami dan ku harap pertemuan itu dalam nuansa yang indah, penuh barakah. Aku ingin bermujahadah menjaga hati meskipun payah moga dapat ku hadiahkan seluruh cintaku nanti kepada ‘dia’ yang tertulis. Ya Allah, bantulah aku memelihara hati.

Walau apa pun, Allah adalah cinta pertamaku kerana dengan cinta Allah aku hidup dan terus bertahan di muka bumi ini. Hanya Allah yang tidak pernah berhenti mencintaiku, menemaniku, dan menyayangiku setiap waktu. Ya, hanya Allah cinta pertamaku!  

Maka, aku akan besederhana dalam mencintai makhlukMu termasuk ‘dia’ yang telah kau tulis untukku. Hingga apabila ibu bapaku terpaksa meninggalkanku, sahabat- sahabat terpaksa jauh daripadaku, dan dia juga pergi daripadaku, sama ada secara rela atau terpaksa, hatiku telah siap untuk menghadapi semua ini. Kerana aku tetap ada Allah yang mencintaiku.

Ya Allah, semoga cintaku kepadaMu tidak akan pernah layu, malah memekar menghiasi ruang hatiku. Terima kasih atas segala cinta yang telah Kau anugerahkan. CintaMu yang terindah.

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...