AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Khamis, 24 April 2014

Ini cerita saya. Sekadar sharing apa yang saya rasa. Andai ada yang tidak kena di mana-mana. maaf awal2 lagi saya pinta.
 MAY ALLAH BLESS YOU AND ME TOO



HATIMU UNTUK SIAPA? 



Bismillah wal hamdulillah. Assalamualaikum wb.t. Sahabat2  pembaca yang saya muliakan. Moga semuanya sejahtera dalam rahmat dan perlindungan Allah.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk update blog dalam masa yang terdekat ini. Sebenarnya Imtihan dah makin hampir, banyak juga yang perlu untuk diulangkaji. Mohon doa sahabat-sahabat sekalian agar Allah memberikan kefahaman dan menghidupkan hati ini dengan cahaya Nya.  

Entri kali ini, saya utarakan soalan yang saya kira simple, tapi jawapannya sangat memerlukan kepada kejujuran daripada dalam diri. Berlaku jujur itu mudah, sekiranya kita memahami erti kejujuran. Jujur itu payah, sekiranya dalam hati masih ada keegoan.

Hatimu untuk siapa? Biasanya kalau ditanyakan soalan ini kepada para asatizah atau mereka yang Islamik, inilah antara versi jawapan yang akan kita terima.

“Hatiku adalah untuk Islam, perjuangan Islam” (Moga- moga Allah kurniakan hati yang sebegini).

Atau ada yang romantik sikit… (romantiklah kononnya).

“Hati ini ku hadiahkan untuk dia yang halal bagiku.” Pergh… ayat!  BM time SPM mesti A+++ ni. :p

Kalau tanya pula pada mat-mat bunga, minah-minah jiwang, huh! Lagi memekar harum jawapan-jawapannya. Macam duduk kat taman bunga. :D

HATI


HATI. Raja segala anggota tubuh manusia. Apabila baik HATI, maka baiklah seluruh jasad dan begitulah sebaliknya. HATI  memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana HATI adalah tempat pertama jatuhnya pandangan Allah s.w.t.

Suka untuk saya ketengahkan sepotong hadis yang cukup masyhur dalam kalangan masyarakat kita terutamanya para penuntut ilmu agama:

Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap amalan itu bermula dengan niat, dan seseorang itu akan mendapat apa yang diniatkannya…”

Niat itu tempatnya di mana?                                          

Ya. Dalam HATI.

HATI yang bersih akan melihat bahawa kehidupan di dunia ini adalah kurniaan daripada Allah s.w.t.

HATI yang selalu berhubung dengan Allah akan memandang bahawa setiap perkara yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah dan RasulNya.

Bahkan HATI yang murni penjagaannya akan dibukakan oleh Allah baginya pintu-pintu Ilmu pengetahuan dan cahaya petunjuk yang mulia.

HATI ini sangat besar kuasanya. Ketika kita berdoa daripada HATI yang penuh kesungguhan dan pengharapan kepada Allah, percayalah yang kita akan melihat hasil daripada doa-doa yang kita lafazkan kepada Allah.

Tapi kadang-kadang kita yang kurang keyakinan. Terlalu cepat melatah bila lambatnya doa termakbul. Kenapa agaknya?

Sebab HATI kita. Dalam HATI kita masih ada makhluk.

Kita minta pada Allah, tapi dalam masa yang sama masih mengharap pertolongan daripada makhluk.

Kita katakan HATI kita cinta kepada Allah, tapi masih ada nama-nama makhluk yang menghuni dalam HATI kita.

Jadi, ketika kita berasa HATI kita tidak tenang, HATI kita sakit, HATI kita penuh prasangka, kita rasa kita nak salahkan siapa? Salahkan Allah? Naudzubillah.

Perhatikan sebenar-benarnya. HATIMU MILIK SIAPA? Betul ke HATI kita ini untuk Allah dan Rasul? 
Atau hanya sekadar terlafaz kemas di bibir-bibir kita, namun reality dalam HATI itu adalah sebaliknya?

HATI kita adalah pinjaman kepada kita. Masa Allah bagi pinjam, HATI ni cantik, putih, bersih. Sampai satu masa Allah nak kita bagi balik, kita kena pulangkan. Allah tak cakap Allah nak bila tapi sebab HATI ni Allah punya, jadi bila-bila masa pun Allah boleh nak ambil. Hak Dia kan?

Jadi, rasa-rasanya kita nak bagi balik dalam keadaan yang macam mana? Dunia ini dah mengotori  HATI kita sekotor-kotornya. Nak pulang pada Allah dalam keadaan kotor? Berani ke kita? Allah. Nak tak nak bukankah sudah sampai masanya untuk kita cuci bersih-bersih kekotoran yang menghitam ini dengan pencuci jenama Taubat dan Istighfar kepada Allah. Tak lupa juga Pengilat Selawat biar nampak bercahaya.

Moga-moga yang Memberi Pinjam HATI ni kepada kita senang dengan kita. In syaa Allah. Adakah yang lebih besar selain kita pulang kepada Allah dalam keadaan HATI ini dicintai dan diredhai olehNya. 

Serahkan HATI pada DIA, pulangannya adalah CINTA

Allahu’alam. Cukup sampai sini. Mohon maaf atas khilaf bicara. Mohon juga tembakan doa daripada kalian agar HATI ini bersih bercahaya sebelum pulang bertemu PENCIPTA.

Jazakumullah khairal jazak. Sampai bertemu lagi.


Jumaat, 18 April 2014

Cinta Allah Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Allah. Lama rasanya tidak berkongsi sesuatu di laman ini,, semenjak kaki menjejak ke bumi Mesir, inilah kali pertama saya menulis lagi.

Apa khabar agaknya sahabat2 pembaca sekalian? moga sihat2 dalam jagaan Allah. 

Agaknya kali ini saya nak menulis tentang apa ya? :) In syaa Allah tajuk entri kali ini masih berkisar tentang cinta. Ya. Cinta. Perkataan yg satu2nya tidak dapat dipisahkan daripada manusia. 

Hari ini saya tidak mahu menulis panjang. Cukup saya letakkan satu ayat sebagai renung2an dan perkongsian dengan sahabat2 sekalian.

CINTA ALLAH ITU TUJUAN. CINTA RASUL ITU JALAN.


Sepanjang hampir dua tahun saya di Mesir kerana tuntutan ilmu dan perjuangan, inilah perkara yang paling manis yang saya pelajari. Cinta Allah membuatkan saya berada di sini, dengan tiupan Cinta Allah membuka hati saya untuk terus tabah mengharungi suka duka sebagai penuntut ilmu. 

Di sini juga saya belajar, cinta Allah itu tidak akan terpisah dengan cinta Rasulullah untuk selama2nya. Kenapa?

Sebab Allah sebut dalam al Quran: "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku (Nabi Muhammad s.a.w), nescaya kamu akan dicintai oleh Allah, Dia mengampunkan segala dosamu....."

Maka, kita takkan dapat sampai kepada cinta Allah melainkan dengan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Cinta Rasulullah adalah pintu untuk kita ke tempat yang dipenuhi dengan Cinta Allah.

Oleh itu, ingin saya nyatakan di sini.. Cinta Allah itu tujuan, iaitu matlamat yang ingin kita capai. Sedangkan cinta Rasul itu adalah jalan yang perlu kita lalui untuk sampai kepada cinta Allah.

Allahua'lam. Jom cinta Allah dan cinta Rasul. Semoga apa sahaja yang kita lakukan hanya kerana Cinta Allah dan Cinta Rasul. In syaa Allah. 

Sekian, sampai bertemu lagi untuk perkongsian yang seterusnya. Doakan saya..

Sabtu, 3 November 2012

BICARA CINTA



‘Hadirnya cinta seolah mengirim nafas baru kepada kehidupan. Namun bermaknakah cinta sesama makhluk andai tidak seiring redha sang Khaliq Cinta? Ya Allah, jadikan cinta kami kepadaMu sebagai cinta yang terulung agar dapat kami mencintai makhlukMu sekadar apa seadanya.’


Allah yang menghembuskan cinta pada diri manusia. Atas dasar cinta, bertautlah hati Adam dan Hawa. Dan di atas dasar cinta, lahirlah generasi yang mewarnai wajah dunia.
Alhamdulillah. Allah menganugerahkan kepadaku rasa cinta. Dengan cinta yang Dia kurniakan, aku mengecapi segala nikmat yang tak terhitung banyaknya,

“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung”

Kerana cintaNya, aku hidup. Hidup dengan nikmat Iman dan Islam. Hidup dalam jagaan, perlindungan dan kasih sayangNya. Dilimpahi ku dengan kebahagiaan. Memiliki sebuah keluarga yang bahagia, memiliki sahabat- sahabat yang setia. Betapa luasnya kasih sayang Allah, terlalu sehingga aku tak mampu mengukirnya dengan kata- kata. Andai dihimpunkan sejuta orang penyair terhebat alaf ini untuk mengungkapkan kebesaran cintaNya, betapa aku pasti ia tidak akan pernah dapat tergambar!

Kadang- kadang dihadiahi aku dengan kesusahan, kesakitan, kepedihan, kesedihan. Oh bukan untuk menyeksa aku sebenarnya, tapi sebagai tanda ingatan yang tak pernah putus dariNya. Mungkin aku terleka diulit nikmat, lalu dihantar sedikit ujian untuk mengetuk hatiku dari terus lena dan jauh daripadaNya. Sungguh lisanku kelu untuk mengungkapkan bagaimana agungnya cinta Dia kepadaku!

Aku bukan wanita sufi seperti Rabiatul Adawiyah. Begitu tulus mencintai RobbNya. Namun aku pelajari banyak falsafah cinta daripadaNya. Terlalu jauhnya perbezaan antara aku dan dia. Saat dia menyerahkan seluruh cinta yang ada pada dirinya kepada Yang Maha Pencipta, aku masih lagi terikat dengan cinta kepada makhlukNya.

‘Jika aku menyembahMu kerana takut kepada api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya. Jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadaNya. Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu , maka berikanlah aku balasan yang besar. Berilah aku keizinan untuk melihat wajahMu Yang maha besar dan Mulia itu.’

Aku tidak sekuat wanita sufi ini, bersendirian untuk meraih cintaNya. Maka aku memilih untuk mencari pemilik tulang rusukku bagi menyempurnakan perjalanan cintaku kepadaNya. Aku memilih untuk mencintai dia yang memperhebat diri dalam mencintai Tuhannya agar dapat aku menumpang cinta miliknya untuk meraih cinta yang pertama dalam hidup ini.

Demi Allah, dia tidak perlu bersusah payah menzahirkan cintanya kepadaku dengan limpahan harta atau kekayaan, tidak perlu menambat hatiku dengan gaya dan ketampanan. Bukan itu yang aku harapkan! Yang ku impikan dia mengerti kedudukannya sebagai seorang lelaki, anak, suami, dan abdi kepada Ilahi. Apa yang benar- benar aku inginkan, dia berusaha untuk meluruskan aku dengan penuh hikmah dan sabar di saat aku bengkok dari landasan mustaqim. Malah dia siap memiliki usaha untuk mencontohi Rasulullah walau aku tahu tidak akan ada manusia yang dapat menandingi Rasulullah. Semoga dia dapat mencintai aku dengan segala kelebihan dan kekurangan yang aku ada lantas memimpin aku menjadi abdi yang tulus mencintai Tuhanku.

‘Ya Allah, bukan ku minta seorang akhi yang sempurna untuk menemaniku lewat perjuangan ini, kerana aku seorang ukhti yang penuh kelemahan, serba kekurangan. Namun aku berharap untuk mencintai segala kelebihan dan kekurangan yang dia ada lantas menjadikan kami saling menyempurnakan antara satu sama lain di mataMu.

Ya Allah, aku memerlukan dia untuk memperteguh cintaku kepadaMu dan semoga kehadiranku dalam hidupnya juga akan memperteguh cintanya kepadaMu. Aku berdoa semoga dia mampu membuatku tersenyum untuk melalui hari- hari yang penuh mehnah dan ujian hingga aku juga mampu untuk menjadi penawar kepada hatinya saat kesedihan atau keresahan.’

Saat ini, aku masih tidak bertemu pemilik tulang rusukku. Aku juga tidak berlelah untuk mencari dan terus mencari kerana aku yakin, bila saatnya aku dan dia telah siap, Allah akan mengatur pertemuan kami dan ku harap pertemuan itu dalam nuansa yang indah, penuh barakah. Aku ingin bermujahadah menjaga hati meskipun payah moga dapat ku hadiahkan seluruh cintaku nanti kepada ‘dia’ yang tertulis. Ya Allah, bantulah aku memelihara hati.

Walau apa pun, Allah adalah cinta pertamaku kerana dengan cinta Allah aku hidup dan terus bertahan di muka bumi ini. Hanya Allah yang tidak pernah berhenti mencintaiku, menemaniku, dan menyayangiku setiap waktu. Ya, hanya Allah cinta pertamaku!  

Maka, aku akan besederhana dalam mencintai makhlukMu termasuk ‘dia’ yang telah kau tulis untukku. Hingga apabila ibu bapaku terpaksa meninggalkanku, sahabat- sahabat terpaksa jauh daripadaku, dan dia juga pergi daripadaku, sama ada secara rela atau terpaksa, hatiku telah siap untuk menghadapi semua ini. Kerana aku tetap ada Allah yang mencintaiku.

Ya Allah, semoga cintaku kepadaMu tidak akan pernah layu, malah memekar menghiasi ruang hatiku. Terima kasih atas segala cinta yang telah Kau anugerahkan. CintaMu yang terindah.

Ahad, 2 September 2012

KU SEBUT ASMA-MU


Allah
Ketika aku berdosa
Tolong maafkan aku
Tolong kasihani aku
Agar bisa lepas dari noda yang membelenggu

Allah
Andai aku leka
Ingatkanlah aku
Tegurlah aku
Untuk segera berpayung di bawah maghfirahMu
Untuk pantas kembali meniti rahmatMu

Allah
Waktu aku terluka dibeban derita
Hiburkanlah aku dengan janji- janjiMu
Damaikanlah hatiku Allah
Dengan sentuhan lembut ‘tanganMu’
Dengan hembusan iman dalam sanubari

Allah
Saat aku bahagia
Aku mohon kepadaMu
Jangan sesekali kau membiarkan aku
Walau sedetik melupakanMu
Kerana tak mampu untukku bernafas tanpa hadirMu


Allah
Dalam setiap detak jantung
Dalam setiap hembus nafas
Dalam setiap denyut nadi
Dalam setiap aliran darah
Tak tegar ku berhenti melafaz asmaMu
Allah.. Allah.. Allah..
Sampai waktu yang tak berpenghujung
Aku ingin mencintaiMu

Khamis, 30 Ogos 2012

Meraih Keberkatan Syawal



تقبل الله منا ومنكم
-Semoga Allah menerima amalan saya dan amalan kalian-

Bismillah walhamdulillah. Saudara- saudara yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Salam penghormatan, salam kasih sayang dan salam kemaafan saya himpunkan kepada kalian dalam lafaz Assalamualaikum w.b.t. 

Kemeriahan Syawal masih lagi terasa maka rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat yang membaca coretan saya kali ini. Semoga Aidil Fitri  ini memberi sesuatu yang lebih beerti apabila kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Insya Allah.

Sahabat- sahabat yang saya muliakan,

Dalam keseronokan kita meraikan kemenangan di bulan Syawal ini, tidak lupa juga kita berharap kepada Allah s.w.t agar madrasah Ramadan yang telah kita lalui sebelum ini membawa barokah dalam kehidupan kita. Sudah tentu kehadiran Syawal ini juga diharapkan terus  dinaungi keberkatan daripada Allah s.w.t.  Justeru, inilah topik yang ingin saya bincangkan dalam ruangan kali ini iaitu “Meraih Keberkatan Syawal”
Sebenarnya, topik ini saya kongsikan setelah mendengar sajian rohani daripada Ustazah Noorhafizah Musa menerusi rancangan Tanyalah Ustazah. Saya kira ia sangat penting untk kita sama- sama mengambil berat akan perkara ini agar kita tidak terasing daripada rahmat dan keberkatan Allah s.w.t.

Sahabat- sahabat yang dicintai Allah,

Sekiranya Ramadan bertujuan membentuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa, maka apakah pula kepentingan Syawal kepada kita? Adakah bulan Syawal ini wujud semata- mata untuk kita bergembira?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w  telah pergi ke Madinah ketika mana penduduknya sedang meraikan 2 hari perayaan yang besar )menurut  kebiasaan nenek moyang mereka). Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Sesunnguhnya Allah telah menggantikan 2 hari ini dengan 2 perayaan yang lebih baik iaitu hari raya I’dul Fitr dan I’dul Adha.

Hakikatnya fitrah manusia memerlukan masa untuk bergembira, lantas Allah yang paling memahami fitrah makhluk ciptaanNya mewujudkan perayaan yang besar untuk umat manusia yang beragama Islam khususnya.  Justeru tidak ada salahnya kita meraikan Syawal dengan penuh kegembiran asalkan ia selari dengan lunas- lunas syariat Allah.

Akan tetapi, ada sesuatu yang lebih besar untuk kita capai sebagai kesinambungan kepada madrasah Ramadhan yang telah kita lalui sebulan lamanya. Hal ini penting bagi menjamin keberkatan yang berpanjangan dalam kehidupan kita yang mana telah kita usahakan untuk mendapatkannya pada bulan Ramadhan yang lalu. Perhatikan firman Allah s.w.t dalam surah al- Baqarah ayat 185 yang bermaksud:
Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan- penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara yang haq dan batil. Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang ada pada bulan itu, berpuasalah. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka( wajib menggantinya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari- hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikan kepadaMu  dan moga- moga kamu bersyukur.   

Sahabat- sahabat yang berhubung atas dasar iman,

Inilah nilai yang ingin kita capai pada bulan Syawal ini. Jika Ramadhan mendidik kita untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa, maka Syawal hadir untuk mentarbiyyah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur. Bersyukur dengan segala kurniaan yang telah Allah limpahkan kepada kita di bulan Ramadhan. Saat degup jantung kita menjadi tasbih, saat amalan yang sedikit pahalanya menjadi berbukit, saat dianugerahkan Allah padanya malam al Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, saat Allah masih lagi mengizinkan kita untuk beroleh barakah pada bulan yang mulia itu, lantas dipanjangkan pula usia kita untuk meraikan kemenangan dan merayakan I’dul Fitr. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Maka sudah tentu penting untuk kita menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan berusaha untuk mengekalkan nilai keberkatan di bulan Ramadhan dan berusaha pula untuk meraih keberkatan di bulan Syawal.

Apakah itu keberkatan? Mengapa pentingnya keberkatan dalam kehidupan kita? Mari kita lihat satu analogi tentang persoalan ini. Ikan fitrahnya hidup di tempat yang berair. Apa yang akan terjadi sekiranya ikan yang sepatutnya tinggal di kawasan berair kita campakkan ke darat? Ia cuba bertahan, namun semakin lama semakin lemah, menggelupur kesakitan lantas akhirnya mungkin tercampak ke dalam kuali kita untuk dijadikan hidangan. Begitu juga manusia. Keberkatan adalah fitrah yang sangat diperlukan oleh manusia. Tanpa keberkatan, tiada ketenangan yang akan dicapai. Akhirnya perlahan- lahan jiwanya melemah dan mati kerana kekosongan.

Menurut Imam Ar- Raghib Al Asfahani berkat ini membawa makna berterusan tetapnya kebaikan Ilahi kepada sesuatu perkara.  

Syawal kita akan menjadi berkat apabila segala penyucian jiwa, kelembutan hati dan amalan- amalan yang telah kita laksanakan pada bulan Ramadhan berpanjangan  pula ke Syawal dan sepanjang tahun.
Antara amalan- amalan sunat yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan Syawal bagi meraih keberkatan adalah :

·         Menghidupkan malam pertama Syawal dengan ibadah.

Malam pertama Syawal telah berlalu. Sekiranya kita tidak berpeluang melakukannya pada tahun ini, maka berdoalah kepada Allah agar dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan malam pertama Syawal untuk kita melaksanakan ibadah di dalamnya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Barangsiapa yang menghidupkan malam pertama Syawal, maka Allah akan menghidupkan hatinya di saat semua hati mati.
Menurut Prof Dr Wahbah Zuhaili, meskipun hadis ini dihukum dhoif pada sanadnya, namun hadis dhaif boleh diamalkan dalam hal yang berkaitan dengan فضائل الأعمال
·     
            Solat sunat hari raya
·        
            Memperbanyak sedekah.

Mereka yang berkemampuan bolehlah mengadakan rumah- rumah terbuka untuk mengeratkan silaturrahim bersama kaum keluarga, saudara mara, dan sahabat handai. Di samping itu, amat digalakkan untuk menggembirakan anak- anak yatim atau orang- orang tua dengan sedikit sumbangan atau jamuan bagi meraikan Aidil Fitri.
·       
          Budaya berziarah

Abu Hurairah menceritakan, ada seorang lelaki telah menziarahi temannya yang tinggal jauh darinya di tempat lain, lalu Allah s.w.t mengutus seorang malaikat untuk mengawasi perjalanan lelaki itu. Ketika sampai di tempat yang dituju, malaikat yang menyamar sebagai manusia tadi datang bertemu lelaki berkenaan dan bertanya,
“Kamu mahu bertemu siapa dengan berjalan dalam keadaan sebegini jauh?”
Lalu dijawab oleh pemuda tersebut, “Saya ingin bertemu sahabat saya”
Malaikat bertanya lagi, “Apakah demi mendapatkan sesuatu daripadanya?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak, saya hanya mengasihinya kerana Allah dan berhajat menemuinya”
Malaikat lalu memberitahu , “Oleh kerana itu, Allah mencintaimu sepertimana kamu mencintai saudaramu.”

Subhanallah, alangkah hebatnya sekiranya kita dapat menjadikan ziarah kita ke rumah sahabat- sahabat  atau saudara mara kita bukan untuk mendapatkan sesuatu daripada mereka tetapi disandarkan rasa cinta kepada mereka kerana Allah s.w.t. semata- mata.
·          
      Puasa sunat enam hari
Daripada Abi Ayyub r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, baginya seakan- akan (pahala) berpuasa setahun.”

Petanda telah kembalinya seseorang itu kepada fitrahnya sempena hari I’dul Fitr dan meraih keberkatan berpanjangan di bulan Syawal ini boleh kita rujuk di dalam surah at- Taubah ayat 112. Antara ciri- cirinya ialah:


o   Orang- orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah
o   Orang- orang yang sentiasa beribadah kepada Allah
o   Orang- orang yang memuji Allah
o   Orang- orang yang merantau demi ilmu dan agama
o   Orang- orang yang rukuk dan sujud kepada Allah
o   Orang-orang yang menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar 
    Orang- orang yang memelihara hukum- hukum Allah


Sekiranya ciri- ciri ini telah wujud pada diri kita sepanjang Syawal ini, Alhamdulillah keberkatan Ramadan telah kita peroleh berpanjangan hingga ke saat ini dan semoga berkekalan hingga kita bertemu Allah s.w.t.

Sahabat- sahabat yang dirahmati Allah

Persoalannya bagaimana untuk kita memastikan kelangsungan barakah ini dalam kehidupan kita? Insya Allah terdapat dua perkara penting yang boleh kita lakukan iaitu janganlah kita cenderung kepada orang- orang yang lalai hatinya kerana dikhuatiri kelalaiannya itu akan menjebak kita bersama untuk melakukan kejahatan lantas mencabut barokah Allah ke atas kita.

Kemudian, hendaklah kita berusaha untuk istiqomah dengan amalan- amalan soleh yang telah kita usahakan di bulan Ramadhan. Ikhlaskan niat lakukan segala- galanya kerana cinta kita kepada Allah. Semoga rahmat dan kesejahteraan Allah bersama kita.

Akhirulkalam, mari kita renungkan kata- kata ahli sufi wanita ini, semoga cinta Allah dapat merasuk hebat ke dalam jiwa kita.
Kekasihku tidak ada yang dapat menandingiNya
Sekalipun Kekasihku tidak dapat ku pandang dengan mata
Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku
Dia kusanjung dan kupuja
Sekalipun ada orang lain di sampingku
Rindu jiwa dan hatiku
Aku persembahkan hanya untukNya

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...