AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Ahad, 25 Mac 2012

Sehari Fiqh Wanita di KMNS

Bismillahirrahmanirrahim... Salam kasih sayang, salam kerahmatan dari Ilahi buat para pembaca tulisan saya,, rasanya sudah terlalu lama saya menyepi dari menulis entri di sini.. Kekangan masa dan internet banyak menghalang dan akhirnya hari ini Allah menitipkan sedikit kesempatan untuk saya berkongsi sesuatu bersama kalian...

2 hari yang lalu, iaitu bermula 23 Mac 2012 alhamdulillah... Beberapa orang sahabat saya yang cukup hebat dan bersemangat telah bersusah payah untuk mengadakan program seminar fiqh wanita..

 Hurm,, bila sebut seminar, x bermaknanya ceramah aje, dan bila sebut fiqh wanita tak bermakna yang patut tahu hanyalah kaum muslimat, malahan muslimin juga tidak terkecuali untuk mengambil berat soal ni..

Kenapa ye???Sebab para muslimin kita ni pun ada ibu, kakak,dan adik perempuan untuk dikongsikan ilmu tentang fiqh wanita ni.. Dan untuk masa akan datang, bila diizinkan Allah untuk menjadi seorang suami, semoga ilmu ini akan membantu kalian para muslimin menjadi imam2 yang baik dan soleh buat para isteri, Insya Allah..

Maka, atas sebab tu saya 'salute' dan ucapkan tahniah kepada kaum muslimin Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang hadir pada sesi ceramah bersama Ustaz Mukhriz, tayangan video pada hari Jumaat malam Sabtu baru2 ni dan juga ceramah bersama Dr. Zainurrashid Zainuddin malam semalam di Surau Al Muttaqin, iaitu seorang pakar sakit puan di Negeri Sembilan.. Semoga ilmu yang didapati bermanfaat dan diberkati Allah, Insya Allah :)

Tapi, apa pun yang paling beruntung adalah muslimat yang sempat hadir, tahniah dan mabruk alaikunna sahabat2 muslimat sekalian.. Kerana alhamdulillah kita dipilih oleh Allah.. Banyak sangat input yang kita peroleh, semoga kita sama- sama dapat beramal.. Input tentang aurat, hijab, Subhanallah.. Istimewanya wanita...

Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan sebenarnya sedikit sebanyak ibrah atau pengalaman yang saya peroleh sepanjang perjalanan program itu belangsung... Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir, ini saya ingin kongsikan bersama kalian..

Jumaat malam Sabtu, program bermula selepas solat Jemaah di Surau Al Muttaqin, sesi perkonsian bersama Ustaz Mukhriz tentang wanita mengenai Ikhtilat..

Ikhtilat??? Apa benda ni ye??? Saya nampak banyak tanda soal yang bersimpang siur dalam kepala sahabat2 semua..:) Oklah, ikhtilat ni sebenarnya kalimah dalam bahasa arab yang bermaksud percampuran atau pergaulan.. Jadi, Ustaz terangkan serba sedikit tentang tatacara pergaulan yang sepatutnya bagi para muslimat dalam masyarakat..

Kemudian, selepas Isya', dijalankan pula tayangan video2 yang sangat menyentuh hati mengenai kematian, hijab dan kepentingan aurat.. Subhanallah, sebenarnya sahabat2 muslimat, Allah minta kita untuk menutup aurat kita bukan disebabkan Allah ingin menyeksa kita, cuma kerana kita ni terlalu istimewa.. Wamita makhluk kesayangan Nabi, wanita kaum yang dicemburui lelaki.. Subhanallah:)

Kemudian, pada hari Sabtu, jam 9.30 pagi, sedikit perkongsian bersama Cikgu Amy, salah seorang pensyarah di unit Biologi KMNS tentang masalah haid dan istihadhah.. Sekali lagi sahabat2 sekalian, Subhanallah, walaupun cikgu Biologi, tapi pengetahuan agamanya amat mengagumkan...

Saya jadi teringat kata- kata seorang pakcik saya waktu zaman sekolah dulu.. Masa tu kami ada ceramah mingguan di surau sekolah, pakcik tu pesan begini..

"Anak- anak, nanti kalau kamu dah habis sekolah, dah nak bekerja, jadilah kamu apa pun, kerjalah apapun(asalkan halal dan selari dengan syariat). Tapi ingat, kalau kamu jadi seorang doktor, jadilah doktor yang faham tentang Islam. Kalau kamu jadi seorang engineer pun, biarlah kamu jadi engineer yang faham Islam. Pendek kata, apa sahaja yang kamu lakukan, jadikanlah ia bermanfaat untuk Islam..

Lebih kurang begitulah nasihatnya.. Saya jadi rindu pada zaman persekolahan...:(

Kemudian, selepas ceramah tu ada bengkel bersama para fasilitator dari Universiti Islam Antarabangsa dan Maahad Ahmadi Negeri Sembilan khas untuk para muslimat yang mendaftar untuk mengikuti program ini.

Ada beberapa modul yang dilaksanakan. Kami dibahagikan kepada 10 kumpulan, dan saya dalam kumpulan 9 bersama Kak Su, Safura, Zuraidah dan Nabihah. Alhamdulillah, dapat berkenalan dengan sahabat- sahabat yang baru.. Terjalin lagi ukhuwwah..

Modul yang pertama berkaitan aurat, tapi saya tak ingat apa lah name modulnya.. Yang pasti waktu ni setiap group kena berlakon kat depan semua peserta dan fasilitator. Mula2, kami diberi klu apa yang patut kami lakonkan. Contohnya, kepala. So, apa yang berkaitan dengan wanita tentang kepala. Jadi, yang ni lah kami kena fikir.. Hurm,,

Saya bila dah masuk bab berlakon, alamak, fail la.. Tapi kalau suruh nasyid, bolehlah... Heheheh... Nak tak nak, fail tak fail, kena juga berlakon, apa lagi bantai jelah.. Group saya klunya lengan...

Hurm,, da dapat idea camane nak buat kan.. Kami buat 2 situasi.. Situasi 1, sahabat2 saya(Safura,Nabihah dan Zuraidah) ni berjogging dekat taman rekreasi. Bila dah letih, panas, dorang pun singsing baju sampai nampak lengan. So, saya dan Kak Su ni kena tegur mereka bertiga ni, lengan tu sebahagian daripada aurat, tak boleh nak singkap sesuka hati. Huhu, spontan je cakap, lima minit je fasi bagi bincang kan, mane la sempat nak mengarang ayat bagai.

Situasi 2, Sahabat saya yang bertiga ni juga pergi shopping di shopping complex. Masing2 pakai baju lengan pendek tapi pakai hand socks, trend remaja perempuan sekarang, mereka sangka dah tutup aurat, tapi rupanya hanya sekadar membalut aurat. Jadi, kami buat 2 situasi ni sebab benda ni memang terjadi di KMNS,dan tak saya nafi terjadi juga di luar sana. Harapnya, selepas program ni, kalaulah ada dalam kalangan kami atau peserta2 yang lain berpakaian begini, kami sama- sama dapat perbaiki dan menutup aurat dengan lebih sempurna, Insya Allah...

Group lain, ada yang dapat klu pasal ketawa, tubuh, loceng, wangi dan banyak lagi. 10 klu sebab ada 10 kumpulan.

Yang saya tertariknya ada satu ucapan fasilitator ni tentang cara nak elak kasut berbunyi. Kita tahu kan, kasut yang berbunyi ni pun dapat menarik perhatian lelaki yang ada penyakit dalam hatinya. Kadang- kadang, selipar yang tumit rendah pun keluarkan bunyi, apatah lagi yang tumit tinggi. Jadi, fasi tu kata, apa kata kita pergi dekat pakcik2 tukang kasut yang biasa bekerja di pinggiran jalan tu, minta letakkan tapak getah pada kasut kita, nak elak bunyi?? Di samping benefit untuk kita, kita dapat tolong pakcik2 tu juga kan...

Bukan ke kita nak jadi orang yang bermnanfaat untuk orang lain juga, betul??

Subhnallah.. Creative thinking..

Kemudian, slot seterusnya slot "To be Continue".. ha, dalam slot ni, kami diminta untuk menyambung lakonan para fasilitator, dan kumpulan2 yang terpilh tu dipilih malalui permainan "Sejadah beracun".. Hurm, kalau nak terang pasal sejadah beracun ni, panjang pula ceritanya. Pendek kata, mana- mana ahli yang dapat sejadah beracun tu, (macam main kotak beracun) kumpulan tu lah yang akan sambung lakonan para fasilitator.

Slot ke 3, slot "Dewi Remaja"... !! Yang ni macam slot busana muslimah waktu Karnival Pend.Islam kat KMNS tu juga.. Setiap kumpulan wakil seorang ahli, yang pasti saya memang tak berminat...Hehe... Ada sahabat saya yang rasanya boleh kami percayakan untuk slot ni dan alhamdulillah kami dapat tempat ke 3. Dapat hadiah coklat,, :)

Kakak2 dari UIA hanya bersama kami sehingga slot ni sebab mereka terpaksa pulang untuk program di UIA pula.. Masya Allah, semoga Allah rahmati susah payah mereka datang ke sini untuk sampaikan ilmu pada kami semua, Insya Allah.

Slot pada selepas Asar diteruskan dengan senam aerobik khas untuk muslimat di DewanSerbaguna KMNS. Waktu ni, saya tak sempat hadir sebab ada masalah sedikit.

Pada sebelah malam, ada slot ceramah kesihatan wanita bersama Dr. Zainurrashid Zainuddin di Surau Al Muttaqin. Alhamdulillah, perkongsian yang sangat bermanfaat. Banyak input yang kami dapat dan banyak sungguh soalan yang diajukan oleh pihak muslimat kepada doktor. Soalan daripada kaum muslimin juga sedikit sebanyak memeriahkan suasana majlis ilmu pada malam semalam.

Sedikit info untuk kaum Hawa, "breast cancer" adalah pembunuh wanita terbesar di Malaysia diikuti "cervic cancer" dan "ovary cancer". Apa pun, "ovary cancer" adalah kanser yang paling ditakuti sebab ia sukar dikesan pada peringkat awal.

Selain itu, masalah senggugut yang dihadapi oleh kaum wanita setiap kali menjaelang waktu haid sebenarnya berpunca daripada masalah perubahan hormon dan yang menariknya menurut doktor, rawatan terbaik bagi senggugut adalah dengan berkahwin..Hurm,, wallahua'lam..

Bagi yang mengalami masalah haid yang tidak teratur ini mungkin disebabkan kalian stress, faktor pemakanan, dan juga berat badan yang tidak stabil(obesiti).

Dan di akhir2 perkongsian, Doktor juga ada menyatakan bahawa dia tidaklah begitu bimbang tentang penyakit2 yang zahir ni, tetapi yang lebih membimbangkan adalah penyakit sosial yang teruk melanda masyarakat kita hari ini terutama dalam kalangan orang2 Melayu yang majoritinya beragama Islam!!!

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, setiap hari 65 orang bayi luar nikah akan dilahirkan.. Ini baru yang berdaftar, tidak termasuk yang dibuang di dalam tonh sampah, diletakkan di dalam semak2 dan di tepi2 longkang?? Astaghfirullah, inilah padahnya sahabat2 sekalian, kalau kita tidak tahu menjaga maruah diri. Yang diburukkan, nama Islam juga.. Allahuakbar..

Lalu, apa peranan kita?? Juga turut dikongsikan oleh Dr. Zainurrashid, antaranya:

1)Memperbaiki diri
 Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah mencintai anak- anak muda yang tidak melakukan kerosakan moral."

2) Istiqomah dengan Islam
Jaga solat, pelihara aqidah, akhlak, dan maruah diri.

3)Jadi Ummat Islam yang cemerlang.
Belajar bersungguh- sungguh dan jadi oarang yang bermanfaat untuk Islam.
Insya Allah... :)


Sebelum itu, sedikit penghargaan untuk sahabat- sahabat yang telah bersusah berlelah menjayakan program ni, hanya Allah yang dapat membalas kesungguhan kalian, Nurul Bazilah, Hanis, Asma', Ummu Syafawani dan lain2 muslimin serta muslimat..semoga usaha ini menjadi asbab dalam kejayaaan PSPM kalian..

Tidak lupa untuk para murobbi yang amat saya sanjungi, Ustaz Mohamad Hazrin, Ustaz Najmuddin dan semua guru- guru yang turut serta dalam menjayakan program ini, semoga rahmat Allah bersama kalian, Insya Allah.

Hurm,, nampak gayanya sudah panjang lebar saya bercerita dan berkongsi. Harapan saya, kita semua sama- sama beroleh manfaat. Saya juga mohon doa sahabat2.. Akhirulkalam, mohon maaf atas segala kata- kata yang tidak enak, marilah kita membangun bersama Islam.. Insya Allah!!!







SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...