AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Jumaat, 18 April 2014

Cinta Allah Cinta Rasul

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Allah. Lama rasanya tidak berkongsi sesuatu di laman ini,, semenjak kaki menjejak ke bumi Mesir, inilah kali pertama saya menulis lagi.

Apa khabar agaknya sahabat2 pembaca sekalian? moga sihat2 dalam jagaan Allah. 

Agaknya kali ini saya nak menulis tentang apa ya? :) In syaa Allah tajuk entri kali ini masih berkisar tentang cinta. Ya. Cinta. Perkataan yg satu2nya tidak dapat dipisahkan daripada manusia. 

Hari ini saya tidak mahu menulis panjang. Cukup saya letakkan satu ayat sebagai renung2an dan perkongsian dengan sahabat2 sekalian.

CINTA ALLAH ITU TUJUAN. CINTA RASUL ITU JALAN.


Sepanjang hampir dua tahun saya di Mesir kerana tuntutan ilmu dan perjuangan, inilah perkara yang paling manis yang saya pelajari. Cinta Allah membuatkan saya berada di sini, dengan tiupan Cinta Allah membuka hati saya untuk terus tabah mengharungi suka duka sebagai penuntut ilmu. 

Di sini juga saya belajar, cinta Allah itu tidak akan terpisah dengan cinta Rasulullah untuk selama2nya. Kenapa?

Sebab Allah sebut dalam al Quran: "Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku (Nabi Muhammad s.a.w), nescaya kamu akan dicintai oleh Allah, Dia mengampunkan segala dosamu....."

Maka, kita takkan dapat sampai kepada cinta Allah melainkan dengan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Cinta Rasulullah adalah pintu untuk kita ke tempat yang dipenuhi dengan Cinta Allah.

Oleh itu, ingin saya nyatakan di sini.. Cinta Allah itu tujuan, iaitu matlamat yang ingin kita capai. Sedangkan cinta Rasul itu adalah jalan yang perlu kita lalui untuk sampai kepada cinta Allah.

Allahua'lam. Jom cinta Allah dan cinta Rasul. Semoga apa sahaja yang kita lakukan hanya kerana Cinta Allah dan Cinta Rasul. In syaa Allah. 

Sekian, sampai bertemu lagi untuk perkongsian yang seterusnya. Doakan saya..

Sabtu, 3 November 2012

BICARA CINTA



‘Hadirnya cinta seolah mengirim nafas baru kepada kehidupan. Namun bermaknakah cinta sesama makhluk andai tidak seiring redha sang Khaliq Cinta? Ya Allah, jadikan cinta kami kepadaMu sebagai cinta yang terulung agar dapat kami mencintai makhlukMu sekadar apa seadanya.’


Allah yang menghembuskan cinta pada diri manusia. Atas dasar cinta, bertautlah hati Adam dan Hawa. Dan di atas dasar cinta, lahirlah generasi yang mewarnai wajah dunia.
Alhamdulillah. Allah menganugerahkan kepadaku rasa cinta. Dengan cinta yang Dia kurniakan, aku mengecapi segala nikmat yang tak terhitung banyaknya,

“Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung”

Kerana cintaNya, aku hidup. Hidup dengan nikmat Iman dan Islam. Hidup dalam jagaan, perlindungan dan kasih sayangNya. Dilimpahi ku dengan kebahagiaan. Memiliki sebuah keluarga yang bahagia, memiliki sahabat- sahabat yang setia. Betapa luasnya kasih sayang Allah, terlalu sehingga aku tak mampu mengukirnya dengan kata- kata. Andai dihimpunkan sejuta orang penyair terhebat alaf ini untuk mengungkapkan kebesaran cintaNya, betapa aku pasti ia tidak akan pernah dapat tergambar!

Kadang- kadang dihadiahi aku dengan kesusahan, kesakitan, kepedihan, kesedihan. Oh bukan untuk menyeksa aku sebenarnya, tapi sebagai tanda ingatan yang tak pernah putus dariNya. Mungkin aku terleka diulit nikmat, lalu dihantar sedikit ujian untuk mengetuk hatiku dari terus lena dan jauh daripadaNya. Sungguh lisanku kelu untuk mengungkapkan bagaimana agungnya cinta Dia kepadaku!

Aku bukan wanita sufi seperti Rabiatul Adawiyah. Begitu tulus mencintai RobbNya. Namun aku pelajari banyak falsafah cinta daripadaNya. Terlalu jauhnya perbezaan antara aku dan dia. Saat dia menyerahkan seluruh cinta yang ada pada dirinya kepada Yang Maha Pencipta, aku masih lagi terikat dengan cinta kepada makhlukNya.

‘Jika aku menyembahMu kerana takut kepada api nerakaMu, maka bakarlah aku di dalamnya. Jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadaNya. Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu , maka berikanlah aku balasan yang besar. Berilah aku keizinan untuk melihat wajahMu Yang maha besar dan Mulia itu.’

Aku tidak sekuat wanita sufi ini, bersendirian untuk meraih cintaNya. Maka aku memilih untuk mencari pemilik tulang rusukku bagi menyempurnakan perjalanan cintaku kepadaNya. Aku memilih untuk mencintai dia yang memperhebat diri dalam mencintai Tuhannya agar dapat aku menumpang cinta miliknya untuk meraih cinta yang pertama dalam hidup ini.

Demi Allah, dia tidak perlu bersusah payah menzahirkan cintanya kepadaku dengan limpahan harta atau kekayaan, tidak perlu menambat hatiku dengan gaya dan ketampanan. Bukan itu yang aku harapkan! Yang ku impikan dia mengerti kedudukannya sebagai seorang lelaki, anak, suami, dan abdi kepada Ilahi. Apa yang benar- benar aku inginkan, dia berusaha untuk meluruskan aku dengan penuh hikmah dan sabar di saat aku bengkok dari landasan mustaqim. Malah dia siap memiliki usaha untuk mencontohi Rasulullah walau aku tahu tidak akan ada manusia yang dapat menandingi Rasulullah. Semoga dia dapat mencintai aku dengan segala kelebihan dan kekurangan yang aku ada lantas memimpin aku menjadi abdi yang tulus mencintai Tuhanku.

‘Ya Allah, bukan ku minta seorang akhi yang sempurna untuk menemaniku lewat perjuangan ini, kerana aku seorang ukhti yang penuh kelemahan, serba kekurangan. Namun aku berharap untuk mencintai segala kelebihan dan kekurangan yang dia ada lantas menjadikan kami saling menyempurnakan antara satu sama lain di mataMu.

Ya Allah, aku memerlukan dia untuk memperteguh cintaku kepadaMu dan semoga kehadiranku dalam hidupnya juga akan memperteguh cintanya kepadaMu. Aku berdoa semoga dia mampu membuatku tersenyum untuk melalui hari- hari yang penuh mehnah dan ujian hingga aku juga mampu untuk menjadi penawar kepada hatinya saat kesedihan atau keresahan.’

Saat ini, aku masih tidak bertemu pemilik tulang rusukku. Aku juga tidak berlelah untuk mencari dan terus mencari kerana aku yakin, bila saatnya aku dan dia telah siap, Allah akan mengatur pertemuan kami dan ku harap pertemuan itu dalam nuansa yang indah, penuh barakah. Aku ingin bermujahadah menjaga hati meskipun payah moga dapat ku hadiahkan seluruh cintaku nanti kepada ‘dia’ yang tertulis. Ya Allah, bantulah aku memelihara hati.

Walau apa pun, Allah adalah cinta pertamaku kerana dengan cinta Allah aku hidup dan terus bertahan di muka bumi ini. Hanya Allah yang tidak pernah berhenti mencintaiku, menemaniku, dan menyayangiku setiap waktu. Ya, hanya Allah cinta pertamaku!  

Maka, aku akan besederhana dalam mencintai makhlukMu termasuk ‘dia’ yang telah kau tulis untukku. Hingga apabila ibu bapaku terpaksa meninggalkanku, sahabat- sahabat terpaksa jauh daripadaku, dan dia juga pergi daripadaku, sama ada secara rela atau terpaksa, hatiku telah siap untuk menghadapi semua ini. Kerana aku tetap ada Allah yang mencintaiku.

Ya Allah, semoga cintaku kepadaMu tidak akan pernah layu, malah memekar menghiasi ruang hatiku. Terima kasih atas segala cinta yang telah Kau anugerahkan. CintaMu yang terindah.

Ahad, 8 Mei 2011

Konsep Cinta yang sebenar



 Berdirinya aku di daerah zulmat..
Mengutip titis doa di malam rahmat...
Bersama renai kasih yang menyuyur
Ingin melakar cinta di syurga

Salam Ihtiram buat para pengunung yang sudi berkunjung laman ini.... Entri kali ini ingin bekongsi pengalaman ana berhalaqoh di sekolah lama dulu.. Entah kenapa hati rasa tepanggil untuk mencoretkan sesuatu buat antum selepas ana membelek- belek semula buku tazkirah yang ana tulis di sekolah dulu sewaktu tingkatan 4... Sememangnya halaqoh di sekolah dulu sangat memberi kesan pada diri ana dan sekaang ana bepeluang lagi berusrah bersama sahabat- sahabat yang ana sayangi di Maahad Ahmadi STAM..

Sebenarnya, sengaja ana memulakan tulisan ini dengan bait- bait nasyid yang rasanya telah memberi inspirasi untuk ana menulis entri kali ini... Bukan sengaja nak berbicara soal cinta tetapi topik ini la yang menjadi polemik dalam kalangan remaja.

" Hawa.. Ana rasa teruji betul la dengan muslimin tu.. Soleh betul dia."
" Anti... macam mana yer... Kenapa ana boleh teruji dengan dia ye... susah la"

Hurm.. itulah antara dialog dengan sahabat- sahabat yang ana dapat melalui mesej la terutamanya... macam- macam kan... Sedangkan kita yang ada nilai Islam dalam diri ni pun teruji dengan cinta, apatah lagi remaja di luar sana yang kebanyakannya bertuhankan CINTA...

Kosnsep Cinta yang sebenar

Cinta sebenarnya adalah anugerah Allah kepada hamba- hambaNya..
Cinta adalah fitrah bagi setiap insan..
Bohong lah jika seseorang itu mengatakan di hatinya tiada langsung rasa cinta
Seperti ana yang mencintai ibu bapa ana, adik- adik ana, saudara mara, sahabat- sahabat yang dihubungkan atas dasar cinta kepada Allah semata...

Murobbi halaqoh ana pernah berpesan...
Setiap manusia lazimnya memang dianugerahi perasaan cinta...
Tetapi bagi seorang mu'min
Pastikan cinta Allah dan Rasul menjadi prioriti
Tertarik antara yang berlainan jantina bukanlah satu kesalahan
Tetapi ia adalah fitrah  indah yang telah Allah titipkan kepada manusia
Tanpa cinta... mana mungkin wujudnya generasi Adam dan Hawa...

Namun saudara- saudariku yang dicintai fillah..
Jangan dibiar fitrah cinta menjadi fitnah...
Mungkin antum tertanya- tanya
Bagaimana fitrah bisa menjadi fitnah???

Baiklah... saudara saudari yang ana muliakan..
Dalam meniti usia remaja..
Hati kita memangnya mudah diuji dengan cinta..
Perasaan untuk disayangi yang wujud dalam diri begitu menebal
Tetapi alangkah indahnya rasa ingin disayangi itu
Kita salurkan kepada Pemilik segala rasa cinta
Sebelum dibenarkan cinta yang lain menyentuh hati kita...

Ana juga pernah diuji dengan cinta
Namun berbekalkan tarbiyyah Islamiyyah yang ana lalui
Di sebuah madasah yang mengamalkan manhaj saalim berpandukan Quran dan Sunnah
Alhamdulillah ana tesedar
Bahawa kasih sayang Allah s.w.t begitu menebal...
Banyak sungguh nikmat yang Allah s.w.t limpahkan...
Bukan sahaja kepada ana
Bahkan kepada antum semua

If you ask me about love
and what I know about it
My answer will be...
Its everything about Allah
The pure love to our soul
The Creator of you and me
The heaven and the whole universe
The One who has made us whole and free
The Guardian of His true believers

Alhamdulillah
Setelah bumi wakafan SMAKL ana tinggalkan
Ana mula menyedari bahawa masuliyyah yang terbeban 
Melebihi masa yang ada untuk ditunaikan
Maka saat ini
Ana meneruskan perjuangan pula di Bumi Wakafan 
Maahad Ahmadi, Negeri Sembilan
Untuk menduduki imtihan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Di samping mempersiapkan diri dengan ilmu waqi' dan rohani

Saat ini cinta yang ada
Hanya untuk Allah dan Rasul 
Walau kekadang terasa lemah 
Maka kepada Allah juga dimohon bantuan dan perlindungan

'Hasbunalllahu wani'mal wakiil'
'Hasbunallahu wani'mal wakiil'
'Hasbunallahu wani'mal wakiil'

Ya Allah, Ya Qawiyy.. Tuhan yang memiliki segala kekuatan... Berikanlah kami sedikit kekuatan dari kekuatan- kekuatan yang Kau miliki... Untuk kami meraih cinta dan redhaMu.. Amin...

Sekian saudara- saudariku, 
Salam Sayang 
Salam Perjuangan...

Jika kita cinta kepada Allah
Maka yakinlah bahawa
CintaNya abadi
Tidak pernah mengecewakan....








SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...