AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan

Khamis, 30 Ogos 2012

Meraih Keberkatan Syawal



تقبل الله منا ومنكم
-Semoga Allah menerima amalan saya dan amalan kalian-

Bismillah walhamdulillah. Saudara- saudara yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Salam penghormatan, salam kasih sayang dan salam kemaafan saya himpunkan kepada kalian dalam lafaz Assalamualaikum w.b.t. 

Kemeriahan Syawal masih lagi terasa maka rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat yang membaca coretan saya kali ini. Semoga Aidil Fitri  ini memberi sesuatu yang lebih beerti apabila kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Insya Allah.

Sahabat- sahabat yang saya muliakan,

Dalam keseronokan kita meraikan kemenangan di bulan Syawal ini, tidak lupa juga kita berharap kepada Allah s.w.t agar madrasah Ramadan yang telah kita lalui sebelum ini membawa barokah dalam kehidupan kita. Sudah tentu kehadiran Syawal ini juga diharapkan terus  dinaungi keberkatan daripada Allah s.w.t.  Justeru, inilah topik yang ingin saya bincangkan dalam ruangan kali ini iaitu “Meraih Keberkatan Syawal”
Sebenarnya, topik ini saya kongsikan setelah mendengar sajian rohani daripada Ustazah Noorhafizah Musa menerusi rancangan Tanyalah Ustazah. Saya kira ia sangat penting untk kita sama- sama mengambil berat akan perkara ini agar kita tidak terasing daripada rahmat dan keberkatan Allah s.w.t.

Sahabat- sahabat yang dicintai Allah,

Sekiranya Ramadan bertujuan membentuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa, maka apakah pula kepentingan Syawal kepada kita? Adakah bulan Syawal ini wujud semata- mata untuk kita bergembira?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w  telah pergi ke Madinah ketika mana penduduknya sedang meraikan 2 hari perayaan yang besar )menurut  kebiasaan nenek moyang mereka). Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Sesunnguhnya Allah telah menggantikan 2 hari ini dengan 2 perayaan yang lebih baik iaitu hari raya I’dul Fitr dan I’dul Adha.

Hakikatnya fitrah manusia memerlukan masa untuk bergembira, lantas Allah yang paling memahami fitrah makhluk ciptaanNya mewujudkan perayaan yang besar untuk umat manusia yang beragama Islam khususnya.  Justeru tidak ada salahnya kita meraikan Syawal dengan penuh kegembiran asalkan ia selari dengan lunas- lunas syariat Allah.

Akan tetapi, ada sesuatu yang lebih besar untuk kita capai sebagai kesinambungan kepada madrasah Ramadhan yang telah kita lalui sebulan lamanya. Hal ini penting bagi menjamin keberkatan yang berpanjangan dalam kehidupan kita yang mana telah kita usahakan untuk mendapatkannya pada bulan Ramadhan yang lalu. Perhatikan firman Allah s.w.t dalam surah al- Baqarah ayat 185 yang bermaksud:
Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan- penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara yang haq dan batil. Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang ada pada bulan itu, berpuasalah. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka( wajib menggantinya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari- hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikan kepadaMu  dan moga- moga kamu bersyukur.   

Sahabat- sahabat yang berhubung atas dasar iman,

Inilah nilai yang ingin kita capai pada bulan Syawal ini. Jika Ramadhan mendidik kita untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa, maka Syawal hadir untuk mentarbiyyah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur. Bersyukur dengan segala kurniaan yang telah Allah limpahkan kepada kita di bulan Ramadhan. Saat degup jantung kita menjadi tasbih, saat amalan yang sedikit pahalanya menjadi berbukit, saat dianugerahkan Allah padanya malam al Qadr, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, saat Allah masih lagi mengizinkan kita untuk beroleh barakah pada bulan yang mulia itu, lantas dipanjangkan pula usia kita untuk meraikan kemenangan dan merayakan I’dul Fitr. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Maka sudah tentu penting untuk kita menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan berusaha untuk mengekalkan nilai keberkatan di bulan Ramadhan dan berusaha pula untuk meraih keberkatan di bulan Syawal.

Apakah itu keberkatan? Mengapa pentingnya keberkatan dalam kehidupan kita? Mari kita lihat satu analogi tentang persoalan ini. Ikan fitrahnya hidup di tempat yang berair. Apa yang akan terjadi sekiranya ikan yang sepatutnya tinggal di kawasan berair kita campakkan ke darat? Ia cuba bertahan, namun semakin lama semakin lemah, menggelupur kesakitan lantas akhirnya mungkin tercampak ke dalam kuali kita untuk dijadikan hidangan. Begitu juga manusia. Keberkatan adalah fitrah yang sangat diperlukan oleh manusia. Tanpa keberkatan, tiada ketenangan yang akan dicapai. Akhirnya perlahan- lahan jiwanya melemah dan mati kerana kekosongan.

Menurut Imam Ar- Raghib Al Asfahani berkat ini membawa makna berterusan tetapnya kebaikan Ilahi kepada sesuatu perkara.  

Syawal kita akan menjadi berkat apabila segala penyucian jiwa, kelembutan hati dan amalan- amalan yang telah kita laksanakan pada bulan Ramadhan berpanjangan  pula ke Syawal dan sepanjang tahun.
Antara amalan- amalan sunat yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan Syawal bagi meraih keberkatan adalah :

·         Menghidupkan malam pertama Syawal dengan ibadah.

Malam pertama Syawal telah berlalu. Sekiranya kita tidak berpeluang melakukannya pada tahun ini, maka berdoalah kepada Allah agar dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan malam pertama Syawal untuk kita melaksanakan ibadah di dalamnya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Barangsiapa yang menghidupkan malam pertama Syawal, maka Allah akan menghidupkan hatinya di saat semua hati mati.
Menurut Prof Dr Wahbah Zuhaili, meskipun hadis ini dihukum dhoif pada sanadnya, namun hadis dhaif boleh diamalkan dalam hal yang berkaitan dengan فضائل الأعمال
·     
            Solat sunat hari raya
·        
            Memperbanyak sedekah.

Mereka yang berkemampuan bolehlah mengadakan rumah- rumah terbuka untuk mengeratkan silaturrahim bersama kaum keluarga, saudara mara, dan sahabat handai. Di samping itu, amat digalakkan untuk menggembirakan anak- anak yatim atau orang- orang tua dengan sedikit sumbangan atau jamuan bagi meraikan Aidil Fitri.
·       
          Budaya berziarah

Abu Hurairah menceritakan, ada seorang lelaki telah menziarahi temannya yang tinggal jauh darinya di tempat lain, lalu Allah s.w.t mengutus seorang malaikat untuk mengawasi perjalanan lelaki itu. Ketika sampai di tempat yang dituju, malaikat yang menyamar sebagai manusia tadi datang bertemu lelaki berkenaan dan bertanya,
“Kamu mahu bertemu siapa dengan berjalan dalam keadaan sebegini jauh?”
Lalu dijawab oleh pemuda tersebut, “Saya ingin bertemu sahabat saya”
Malaikat bertanya lagi, “Apakah demi mendapatkan sesuatu daripadanya?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak, saya hanya mengasihinya kerana Allah dan berhajat menemuinya”
Malaikat lalu memberitahu , “Oleh kerana itu, Allah mencintaimu sepertimana kamu mencintai saudaramu.”

Subhanallah, alangkah hebatnya sekiranya kita dapat menjadikan ziarah kita ke rumah sahabat- sahabat  atau saudara mara kita bukan untuk mendapatkan sesuatu daripada mereka tetapi disandarkan rasa cinta kepada mereka kerana Allah s.w.t. semata- mata.
·          
      Puasa sunat enam hari
Daripada Abi Ayyub r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, baginya seakan- akan (pahala) berpuasa setahun.”

Petanda telah kembalinya seseorang itu kepada fitrahnya sempena hari I’dul Fitr dan meraih keberkatan berpanjangan di bulan Syawal ini boleh kita rujuk di dalam surah at- Taubah ayat 112. Antara ciri- cirinya ialah:


o   Orang- orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah
o   Orang- orang yang sentiasa beribadah kepada Allah
o   Orang- orang yang memuji Allah
o   Orang- orang yang merantau demi ilmu dan agama
o   Orang- orang yang rukuk dan sujud kepada Allah
o   Orang-orang yang menyeru kepada makruf dan mencegah yang mungkar 
    Orang- orang yang memelihara hukum- hukum Allah


Sekiranya ciri- ciri ini telah wujud pada diri kita sepanjang Syawal ini, Alhamdulillah keberkatan Ramadan telah kita peroleh berpanjangan hingga ke saat ini dan semoga berkekalan hingga kita bertemu Allah s.w.t.

Sahabat- sahabat yang dirahmati Allah

Persoalannya bagaimana untuk kita memastikan kelangsungan barakah ini dalam kehidupan kita? Insya Allah terdapat dua perkara penting yang boleh kita lakukan iaitu janganlah kita cenderung kepada orang- orang yang lalai hatinya kerana dikhuatiri kelalaiannya itu akan menjebak kita bersama untuk melakukan kejahatan lantas mencabut barokah Allah ke atas kita.

Kemudian, hendaklah kita berusaha untuk istiqomah dengan amalan- amalan soleh yang telah kita usahakan di bulan Ramadhan. Ikhlaskan niat lakukan segala- galanya kerana cinta kita kepada Allah. Semoga rahmat dan kesejahteraan Allah bersama kita.

Akhirulkalam, mari kita renungkan kata- kata ahli sufi wanita ini, semoga cinta Allah dapat merasuk hebat ke dalam jiwa kita.
Kekasihku tidak ada yang dapat menandingiNya
Sekalipun Kekasihku tidak dapat ku pandang dengan mata
Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku
Dia kusanjung dan kupuja
Sekalipun ada orang lain di sampingku
Rindu jiwa dan hatiku
Aku persembahkan hanya untukNya

Jumaat, 8 Julai 2011

Sekadar Peringatan

 Bismillah....

Sekadar perkongsian buat yang mereka yang berduka,,,

Bila kau telah merasai kekosongan,,,
Dalam menjalani detik- detik kehidupan ini...
Ketahuilah bahawa dirimu telah jauh dariNya
Allah tidak pernah meninggalkan mu
Jika kau tidak meninggalkanNya
Milik mukmin yang bertaqwa...

Dan tika mana kemanisan cintaNya telah kau kecapi
Nescaya kau tidaka kan merasa sunyi
Jika ditinggal sendiri oleh mereka yang kau cintai

Semoga manisnya cinta Ilahi dapat kita raih....

Khamis, 2 Jun 2011

Ya Allah,,, Inilah ujian

Ya Allah,,,
Saat ini hati tiba- tiba disapa pilu
Entah kenapa,,

Ya Allah Ya Tuhanku..
Jiwa terasa lemah
Jika Kau tiada di hati
Berbekalkan secebis keimanan
Ku harungi hari- hari dalam hidup
Yang terasa semakin perit...

Hurm,, sebenarnya untuk makluman para pembaca sekalian,,,
Ana sediiiiiiiiiiiiiih sangat sekarang, serius!!!
Sebab,....
Sekarang ni musim perpisahan antara ana dan sahabat- sahabat
Di Maahad Ahmadi STAM Negeri Sembilan
Masing- masing terpisah
Kerana mengejar cita- cita
Walau seketika memori terlukis
Namun syuur ukhuwwah x kan mampu dilukis dengan kata- kata
Sememangnya Ukhuwwah adalah satu anugerah Allah yang cukup indah
Istimewa untuk orang- orang beriman

Ternyata emosi yang tidak diurus dengan baik
Akan menyebabkan akal kita dikuasai kelemahan
Musim Imtihan yang berlangsung
Tidak ana lalui dengan penuh semangat
Sepertimana pada Imtihan yang pertama bulan 3 lalu
Ana dapat rasakan mungkin akan ada kemerosotan pada result ana kali ini
Ya Allah,,,...

Tak cukup dengan perpisahan ini
Sekali lagi hati ini teruji
Apabila kehilangan orang yang tersayang
Buat selama- lamanya...

Datuk sebelah ibu ana menghembuskan nafas yang terakhir
Di saat ana sedang mengharungi musim imtihan yang terasa begitu memenatkan...
Malah ana juga tidak diberitahu tentang pemergiannya pada malam Rabu
Bersamaan 25 Mei 2011

Sehinggalah ana menghubungi emak ana yang rupa- rupanya sudah pun di kampung
Saat emak memberitakan pemergian arwah atuk,...
atau yang kami cucu- cucunya panggil sebagai
Tok Bak...
Perasaan ana bercampur baur,,
Rasa x percaya..
Sebak bergumpal- gumpal menekan dada
Dalam hati hanya berbisik
Ya Allah,, kuatkanlah aku...

Teringat perbualan dengan emak dalam telefon
" Kaklong, mak nak bagitahu ni, kaklong jangan terperanjat yer",

Pada masa itu, ana sudah dapat menghidu sesuatu yang tidak baik
Kerana ana pernah mengalami situasi yang sama
Suatu masa dahulu

" Kenapa pulak ni mak? Ana membalas, menahan sebak. Air mata sudah mula bertakung

" Tok Bak dah tak ada." Kalimah yang meluncur daripada mulut emak serentak membuatkan empangan air mata yang sedari tadi ditahan pecah..

Sepatah ana bertanya, " Bila?"

" Malam semalam, " beerti hari Rabu...
" Kaklong sabar ye. Jangan menangis. emak memujuk.

Ana yang mendiamkan diri seketika menyambung dalam sebak,

" Memangla menangis, tak kan nak tergelak pulak. Kenapa mak tak bagitahu kaklong? "

" Mak tak nak ganggu kaklong periksa. Kaklong doakanlah Tok. Baca Yasiin.

Ya Allah...
Kuatkah aku?

" Esok periksa ape?
 Ana menjawab," Tauhid Mantiq dan Adab Nusus"

" Ok, buat elok- elok. Jangan fikir sangat. Nanti kaklong balik, kita ziarah kubur Tok

Ana hanya terdiam mendengar bicara emak.
Tak mampu bersuara.
Air mata terus mengalir laju.
Akhirnya ana membalas

" InsyaAllah mak. Mak kirim salam pada abah ye.
Assalamualaikum...

Lalu henset di tangan ana lepaskan. Bersama air mata yang masih setia menemani.

Ya Allah...
Seberat inikah ujianMu??
Mampukah aku???

Tiba- tiba seorang sahabat ana menghubungi.
Lantas pada dia ana curahkan kesedihan
Tetapi bersama suara yang terkawal

Setelah sedikit nasihat diberi, kami menamatkan perbualan.
Tak lama, henset ana berbunyi kembali
Tanda mesej masuk
Rupa- rupanya sahabat tadi
Menghantar pesanan
Sarat nasihat dan hikmah
Dalam hati ana hanya mampu melafazkan

" Syukran Sahabat".

Kemudian
Petang itu
Ana mengambil keputusan untuk muhasabah diri

TIBA- TIBA HATI ANA TERSENTAK!!!

Bukankah ujian satu tarbiyyah daripada Allah???
Teringat zaman persekolahan di Sek Men Agama Kg. Laut
Mehnah yang dihadapi bukan sedikit
Lebih- lebih lagi bila diamanahkan sebagai pengawas

AMANAH DAKWAH, TARBIYYAH, MENTOR MENTEE, DAN MAHIR AL QURAN


Kini,, ana sudah pun keluar daripada medan yang mentarbiyyah itu
Sedang berusaha untuk mewujudkan medan itu di tempat baru
Namun terasa masih gagal
Kerana diri sendiri masih gagal untuk amanah

Amanah sebagai pelajar
Terabai kerana emosi
Amanah sebagai abdi
Terabai juga kerana kalah pada emosi
Ternyata perasaan merasakan kebersamaan Tuhan dengan kita masih jauh,,,
Ternyata tarbiyyah yang dilalui di SMAKL belum mampu menjadi benteng yang kukuh
Untuk menggenggam ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan

Rasulullah SAW bersabda :

”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia ditimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.” ( Riwayat Muslim )

Ya Allah, bila teringat saat mula- mula mendengarkan hadis ni, satu bisikan menjengah di hati...
Hebatnya orang yang meyakini Allah sebagai Ilah dan Robb
Kuatnya orang yang berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w
Adakah kalian merasai kehebatan ini wahai saudara- saudari yang budiman???

Lantas ana mengintrospeksi diri
Adakah Aku orang beriman???
Beginikah caranya orang beriman menghadapi ujian Allah???
Tidakkah diri ini sedar bahawa ujian itu sebagai medan menambah kekuatan
Untuk mencintai dan mendekatkan diri pada Tuhan???

Dan di saat itu juga,
Air mata penyesalan itu gugur
Kesal kerana mengetahui hakikat betapa rapuhnya pergantungan hati ini pada Allah

Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang???

Ibrahnya di sini???
Bagi ana dan kalian mungkin
Ternyata sehebat mana pun seorang manusia
Dia tidak akan terlepas dari amatan Tuhan
Setiap hari dia tetap akan diuji
Sama ada dengan kesenangan atau kesusahan

Namun ternyata ramai manusia yang tertipu dengan kesenangan
Leka bergembira hingga melupakan Tuhan
Maka kerana kasih sayang Ilahi
Dia titipkan sedikit kesusahan

Agar si kaya yang diulit dengan kemewahan
Kembali kepada Tuhan

Agar manusia yang dikurniai pangkat dan jawatan
Tunduk kepada keagungan dan kekuasaan Tuhan

Agar semua hamba yang diuji dengan penderitaan
Menyedari nilai kasih sayang Tuhan

Lalu, saat ini ana menanam tekad
Untuk bersungguh- sungguh dalam menimba ilmu
Bukan kerana hanya inginkan kecemerlangan dan kebanggaan
'Mumtaz Soffi' semua pelajaran!!!
Insya Allah sama sekali bukan itulah tujuan utama
Walaupun ia terselit sebagai harapan
Namun matlamat utama bagi mukmin
Dalam apa jua tindakannya

Hanya untuk meraih Keredaan ILAH!!!!

Memang payah!!!
Teramat payah!!!

Hanya pada Allah jua dipohon kekuatan   


                                   HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIIIL!!!
 
Ana berharap entri kali ini 
Dapat dijadikan ibrah untuk semua
Moga kita sentiasa disayangi Allah


Salam Perjuangan
Salam Sayang kerana Allah
 

Ahad, 17 April 2011

Cerita di malam hening

Bismillahirrahmanirrahim...
Di tengah malam yang sepi ini.....
Ana mencuri sedikit ruang untuk melakarkan sesuatu di sini
Berkongi rasa hati yang rasa sukar untuk ditanggung bersendirian

Saat- saat begini tiba- tiba sahaja mengundang kesayuan di hati
Terkenang betapa kerdilnya diri di hadapan Ilahi
Terfikir betapa banyaknya dosa yang membaluti hati
Lantas pada Yang Maha Pengampun..
Ku pohonkan maghfirah dan rahmatNy...

Hakikatnya hari demi hari
Ana merasakan kehidupan ini semakin getir 
Terlalu banyak yang perlu ditempuh
Bukan sedikit mujahadah yang perlu
Semuanya menuntut keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t

Bersendirian ketika ini..
Kadangkala mengundang cahaya ketenangan di dalam hati
Sempat lagi bermuhasabah menghitung diri
Apakah telah sempurna amalan- amalan yang dilakukan siang hari tadi
Atau terpalit dosa pada hari ini yang mungkin kadang tidak kita sedari

Saat ini... 
Ana merasa sungguh bersyukur kepada Allah s.w.t
Kerana Dia masih mengurniakan ana sekeping hati yang hidup 
Untuk terus- terusan mengingati dan mengabdikan diri kepadaNya
Walau ana sendiri sedar dan insaf
Bahawa ibadat yang ana kerjakan masih tidak menepati kehendakNya

Tetapi ternyata anugerah kehidupan
Dengan cahaya keimanan dan keislaman yang ada di dalam jiwa
Ana merasakan kehidupan ini adalah satu anugerah yang tiada tara
Hati ini ingin
Agar sahabat- sahabat yang sangat ana cintai fillahi
Turut merasai kemanisan hidup 
Yang berpayungkan Iman dan Islam

Semakin ana melalui hari- hari dalam hidup ini
Semkin ana sedar dan Insaf
Bukan ringan amanah yang terpikul di bahu
Amanah sebagai anak
Amanah sebagai pelajar
Amanah sebagai pemimpin 
Tetapi yang paling penting dan berat
Amanah sebagai seorang abdi kepada Robbnya
Amanah sebagai seorang mukmin
Amanah sebagai seorang daie' ilallah
Apakah telah ana laksanakan sebaiknya??
Dan hanya ana yang tahu jawapannya
Amanah- amanah ini belum sempurna 
Dan terlalu banyak cacat cela

Lantas...
Kepada siapa lagi hendak diadukan rasa berat dan tidak berdaya ini
Kalau bukan kepada Sang Pencipta Yang Maha Pendengar???
Hasbunallahu wanikmal wakiil

Ya Allah...
Sesungguhnya diri ini berimpi
Untuk tergolong dalam kalangan hamba yangKau cintai...
Apa sahaja ujian yang Kau timpakan kepada diri ini
Dengan ikhlas ku redakan semuanya
Kerana hati kecilku yakin ada hikmah yang tersembunyi
Di balik apa sahaja yang terjadi

Kepada saudara saudari seaqidahku
Tulisan ana bertujuan
Agar antum merasai
Bahawa kehidupan kita di dunia ini
Tidak dapat lari dari amanah dan tanggungjawab
Bahkan kehidupan yang kita miliki hari ini
Juga merupakan amanah Allah kepada hamba- hambaNya

Justeru...
Marilah kita sama- sama bangkit dan berazam
Untuk menjadi duta Islam
Semoga dengan ini
Membantu Allah untuk mencintai kita

Sekian
Salam Mubaraak


Rabu, 9 Jun 2010

Dunia Baru Islam


Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

   Buat para pengunjung blog seorang hamba yang masih mengemis cintaNya, salam rahmat dan keberkatan daripada Ilahi ku titipkan buat kalian, para mujahid mujahidah sibghatullah.. Moga-moga kita di antara 7 olongan yang bakal dinaungi Allah di Yaumul Hisab Kelak. hari yang mana tiada naungan selain naunganNya.. Golongan yang apabila mengingati Allah s.w.t, maka mengalirlah air matanya..

Saudara Saudari seperjungan yang terus ku kasihi kerana Allah,
 Alhamdulillah, hari ini 9 Jun 2010.. Allah, Penciptaku masih lagi memnjangkan usiaku untuk manulis dan berkongsi rasa hati yang cukup tersayat pilu menyaksikan keadaan umat islam pada hari ini.Aku sendiri, ya masih lagi belum tahu apakah aku sudah menjadi bintang yang terbaik di hadapan penciptaku sepanjan aku melayari kehidupan di pentas lakonan dunia ini.

Justeru, sengaja ku mulakan tulisanku kali ini dengan beberapa bait nasyid yang pernah ku dengar dari persembahna kumpulan nasyid sekolahku, Shoutul Furqan.. untuk memujuk jiwa ini serta jiwa-jiwa yang mengikuti tulisanku ini agar kita imbau kembali sejarah kegemilangan Islam yang pernah tercipta suatu ketika dahulu. Dan, kegemilangan ini pasti akan kembali. Namun adakah kita bakal menjadi agen penggeraknya?

Para pembaca yang budiman,
 Hari ini, dunia Islam digoncangkan dengan kezaliman Yahuidi laknatullah terhadap saudara seagama kita di Palestin.Malahan, seantero dunia bangkit mengutuk kekejaman Yahudi Zionis apabila beberapa orang aktivis keamanan dari pelbagai negara telah terkorban sewaktu tampil menghulurkan bantuan menerusi misi Life Line 4 Gaza.. Namun, apakah sekadar kutukan dan cercaan yang mampu kita lemparkan kepada anjing-anjing itu? Di manakah jiwa-jiwa mujahid laksana Salahuddin Al Ayyubi? Di manakah semangat panglima Khalid Al Walid? Siapakah lagi yang bakal lahir seperti Sultan Muhammad Al Fateh? kalau bukan KITA saudara- saudaraku sekalian?

Oleh itu, para mujahidin anshorullah..
Ayuh kita siapkan fizikal ini dengan kekuatan-kekuatan lahiriah. Teguhkanlah rohani ini dengan keyakinan kepada Allah, bahawa masa hadapan kita adalah milik Islam. Ingatlah sahabat-sahabatku! Islam tidak memerlukan kita, tetapi kitalah yang akan menjadi golongan yang menyesal di hadapan Ilahi kelak andai kita mengasingkan Islam dalam kehidupan kita, meminta- minta untuk dikembalikan ke dunia agar bisa bertaubat kepada Allah.. Namun Allah menjawab, TIDAK! Bukankah telah bertahun-tahun aku beri peluang kepadamu dahulu, kenapa tidak kau gunakan sebaiknya? Lalu, kalimah penyesalan tiada berguna.. Deritalah hidup untuk selamanya, wanaudzubillahi min dzalik. 

Akhir kalam,
Ayuhlah para MUJAHID
Bangunlah para MUJAHIDAH
Kita tinggalakn dunia fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun
DUNIA BARU ISLAM

Rabu, 17 Mac 2010

HIDAYAH

Ku mulakan tinta ini dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. Moga hati- hati yang mengikuti tulisan ini adalah hati-hati yang hidup untuk mencintai Allah dan RasulNya. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Justeru pesananku buat para muslimin yang diikat tali persaudaraan antara kita kerana Allah, ayuhlah kita memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran yang tiada terhingga kepada Rabbul A'lamin atas anugerah yang terbesar dalam hidup kita yakni rahmat Islam dan Iman yang mana tanpa keduanya, kita tak pernah akan mampu untuk menghidu harumnya wangian syurga. Dengan kedua- dua nikmat ini kita melangkah menempuh arus jahiliyyah yang kian mencengkam hinggakan kadang-kadang kita juga dihanyutkan oleh suasana modeninasi yang bisa menghancurkan umat Islam. Namun, alhamdulillah. Dengan sifat Ar-Rahim Allah s.w.t terhadap hamba- hambaNya, kita merupakan insan- insan pilihan untuk terus thabit di jalanNya.

Ikhwan dan Akhowat Fillah,
Semoga sahaja hidayah Allah ini terus memayungi dan menyinari kehidupan kita kerana nikmat ini terlalu mahal. Bukan calang-calang orang yang berjaya mendapatkannya. Tapi memang sifat manusia itu sering terlupa apabila senang, jarang sekali bersyukur apabila dilimpahi kebahagiaan. Bila tersungkur dalam perjalanan, barulah tercari-cari Tuhan untuk memohon bantuan dan pertolongan. Hakikatnya di sini, ana ingin mengajak antum untuk bersyukur, bersyukur, dan terus bersyukur dengan segala nikmat yang telah diperoleh dari Allah s.w.t lebih-lebih lagi dengan nikmat Nur dan HidayahNya kerana hanya kedua-dua nikmat ini bisa menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakar api neraka..

Sahabat-Sahibahku Anshorullah,
Ana rasa antum sudah sedia maklum, kisah pengorbanan Saidina Abu Talib terhadap Rasulullah s.a.w, Ketika baginda diancam dan dikecam teruk oleh masyarakat Quraisy Makkah, Abu Talib dengan penuh kasih sayang terus- terusan melindungi baginda s.a.w. Tidak dibenarkan kaumnya melukai nabi walau sedikit pun. Namun, kerana tidak mahu mengucapkan lafaz syahadah di saat-saat akhir kematiannya, beliau tetap tidak dapat menghuni syurga Allah s.w.t. Ternyata Rasulullah s.a.w amat berdukacita dengan hal ini, dan saat ini turunlah wahyu Allah s.w.t mafhumnya, "sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah pada orang yang kamu cintai, akan tetapi Dialah (Allah) yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.."    

Justeru, Saudara-Saudaraku
Renung- renungkanlah betapa beruntungya kita. Sama-samalah kita melipatgandakan amalan agar nur dan hidayah ini terus menjadi milik kita. Allah s.w.t berhak menariknya kembali andai kita tidak mahu memeliharanya.Ana juga insan dhoif. yang masih merangkak mencari keredhaanNya. Sekadar perkongsian agar jiwa kita terus berhubung dengan Sang Pencipta. Salam Perjuangan Fillah... Wassalam

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...