AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Memaparkan catatan dengan label STAM 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label STAM 2011. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mei 2011

Ulumul Quran

Bismillahirrahmanirrahim...
Sekadar perkongsian ilmu yang telah dipelajari di Maahad Ahmadi STAM

Pengertian Ulumul Quran

Ulumul Quran adalah ilmu- ilmu yang terdiri daripada perbahasan- perbahasan yang berkaitan dengan Al- Quranul Karim dari sudut penurunannya seperti mengetahui apakah surah pertana yang diturunkan daripadanya atau mengenai sebab turunnya sesuatu ayat, dari sudut penulisan dan pengumpulannya, gaya bahasa dan mukjizatnya serta dari aspek tafsir ayat yang menjelaskan tentang lafaz dan maknanya.

Kandungan Ulumul Quran adalah al Quran itu sendiri.

Faedah Mempelajari Ulumul Quran

  • Sesungguhnya ia memberi kita satu gambaran yang sempurna tentang Al Quranul Karimdari sudut penurunan, pentafsiran, pengumpulan, dan penulisannya
  • Kita mampu menolak perkara- perkara yang syubhah dan batil kesan daripada orang- orang yang jahil tentang Ulumul Quran
  • Kita dapat mengetahui sejauh mana kesungguhan yang telah dilipatgandakan oleh para ulama' untuk berkhidmat kepada Al Quran
Oleh itu, saudara saudari sekalian
Ayuh kita sama- sama mendalami Ulumul Quran ini
Kerana tak kenal maka tak cinta
Bila kita mendalami ilmu ini
Insyaallah hati kita akan terpaut kepada Al Quran

Sekian dulu coretan kali ini
Salam Satu Ummah
Salam Perjuangan Lillahi Taa'la

Sabtu, 21 Mei 2011

Perbahasan dalam Ilmu Tauhid-Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim...
Entri kali ini ingin berbicara dan berkongsi perbahasan tentang malaikat yang telah ana pelajari bagi silibus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Pengenalan


Lafaz ' malaikat' diulang- ulang dalam al quranul karim lebih daripada 70 kali dan diulang- ulang lafaz jamaknya ' muluk' sebanyak 13 kali.

Firman Allah s.w.t :
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi dan menjadikan malaikat sebagai utusan- utusan yang mempunyai sayap masing- masing ada dua, tiga, dan empat. Allah menambah pada ciptaanNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Alam Malaikat

Alam malikat adalah alam ghaib yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera. Kewujudannya bukan dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat atau dirasai dengan pancaindera. Sesungguhnya mereka daripada alam yang lain yang tidak dapat kita lihat yang tidak mkita ketahui tentang hakikat dan keadaan mereka melainkan Allah.

Sifat- Sifat Malaikat

  • Suci daripada syahwat dan dosa
  • Tidak makan dan tidak minum
  • Tidak disifatkan sebagai lelaki atau perempuan atau khunsa
  • Mereka daripada alam yang lain, berdiri di atas zatnya dan bergantung kepada diri sendiri
  • Allah s.w.t memberi mereka keupayaan untuk menyerupai dengan bentuk- bentuk yang baik
Buktinya, malaikat Jibril a.s telah datang kepada Maryam dengan rupa bentuk manusia yang cantik dan sempurna.

Allah s.w.t berfirman:

Dan ceritakanlah Muhammad kisah Maryam di dalam kitab Al Quran yaitu ketika dia mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur Baitul Maqdis.
Lalu dia memasang tabir yang melindungi dirinya dari mereka, lalu Kami mengutus roh Kami (Jibril) kepadanya, maka dia menampakkan diri di hadapan Maryam dalam bentuk manusia yang sempurna. - Surah Maryam: 16 - 17


Bermakna di sini, malaikat Jibril telah datang menemui Maryam dalam rupa bentuk manusia yang sempurna kerana sekiranya ia datang dalam rupa bentuk asal yang telah Allah ciptakan, maka sudah tentu Maryam akan lari daripadanya dan tidak mampu untuk berbicara dengannya.

Tempat Tinggal Malaikat

Para malaikat tinggal di langit.

Firman Allah s.w.t:

Dan tidaklah kami (Jibril) turun kecuali atas perintah TuhanMu. MilikNya segala apa yang ada di depan dan belakang kita dan segala yang ada di antara keduanya, dan TuhanMu tidak lupa.
Surah Maryam- 64

Dikatakan sebab turunnya ayat ini adalah kerana malaikat Jibril a.s telah terlewat bertemu Nabi Muhammad s.a.w untuk suatu jangka masa yang agak lama, lalu ketika man ia mendatangi Nabi dengan wahyu, lalu Nabi Muhammad s.a.w berkata: Wahai Jibril, apakah yang telah menghalangmu daripada menziarahiku sepertimana kau selalu menziarahiku? Lalu dijawab oleh Malaikat Jibril a.s :  Sesungguhnya aku juga merinduimu, akan tetapi aku hanyalah hamba yang mengikut perintah. Sekiranya aku diutuskan, maka ku akan datang. Dan sekiranya aku ditahan, maka aku menahan diriku (dari mendatangimu).

Para malaikat diciptakan oleh Allah s.w.t daripada cahaya sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Telah diciptakan malaikat itu daripada cahaya, diciptakan jin daripada pancaran- pancaran api neraka dan diciptakan Adam sebagaimana yang kamu sifatkan pada diri kamu.

Perbandingan antara Manusia dan Malaikat

Pendapat para ulama' ada mengatakan : Sesungguhnya para Anbiya', orang- orang soleh yang terpilih daripada kalangan manusia adalah lebih mulia daripada para malaikat kerana ketaatan malaikat kepada Allah s.w.t adalah merupakan tabiat yang telah wujud dalam diri mereka dan sifat berpalingnya mereka daripada maksiat merupakan fitrah yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka. Adapun Bani Adam, ketaatan mereka kepada Allah s.w.t kepada akhlak yang tertentu, muhasabah diri dan kekuatan menentang nafsu syahwat. Menjauhkan diri daripada maksiat juga menyebabkan mereka perlu kekuatan dan kesungguhan melawan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan.

Tugas- Tugas Malaikat

  1. Bertasbih menyucikan Allah dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Pencipta mereka
  2. Memberi penghormatan kepada orang- orang beriman dan mengazab orang- orang kafir
  3. Mendoakan rahmat dan keampunan bagi orang- orang beriman
  4. Mencatat amalan- amalan manusia
  5. Mencabut nyawa kwtika telah sampai ajal
  6. Menetapkan hati orang- orang mukmin yang berperang di Jalan Allah menentang musuh- musuh mereka 
  7. Berselawat ke atas Nabi dan orang- orang mukmin
  8. Mengaminkan doa bersama orang- orang yang solat
  9. Memberi penghormatan kepada para ulama' dan para malaikat gembira dengan kewujudan para ulama'
Sebenarnya setiap tugas para malaikat ini disertakan dengan dalil daripada Al Quranul Kariim tetapi ana tidak berkesempatan untuk menulisnya pada kali ini. Insyaallah pada ruangan yang akan datang, ana akan menyambung lagi tulisan ini.

Semoga perkongsian kali ini mendatangkan ilmu dan manfaat yang lebih besar kepada pengunjung dan mampu mentaqarrubkan lagi diri kita kepada Allah, InsyaAllah.

Sekian, Salam Perjuangan, Salam Satu Ummah.
Wassalam

Add caption


Sabtu, 14 Mei 2011

Hadis Kitabul Haidh

Bismillahirrahmanirrahim
Bicara ini ingin berkongsi tentang salah satu hadis nabawi yang telah dipelajari di Maahad Ahmadi STAM Gemencheh.
Semoga ia menambahkan ilmu dan menjadi ibrah atau iktibar untuk semua

Daripada Aisyah r.a, seorang wanita telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang cara membersihkan haid. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh wanita itu membasuhnya lalu bersabda: Ambillah cebisan kain daripada wangian dan bersucilah dengannya. Wanita itu bertanya: Bagaimana hendak bersuci dengannya? " Rasulullah kemudian bersabada lagi : "Maha Suci Allah! Bersucilah dengannya."  Wanita itu berpaling kepadaku ( Aisyah ) lalu ku katakan kepadanya, 
" Lalukanlah ia atas kesan- kesan darah"


Syarah Hadis

Wanita yang dimaksudkan dalam hadis ialah Asma' binti Syakl sebgaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sebahagian kpendapat mengatakan wanita tersebut adalah Asma' binti Yazid bin Sukkan Al Anshariyyah.

Dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w cara menyucikan darah haid sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan makna sucikanlah diri dengan sebaik- baik penyucian. Kemudian, jiruskanlah air atas kepala kamu, sental atau gosok dengan gosokan yang kuat sampai keseluruhan pangkal kepalamu. Lalu jiruskanlah air ke atas badan kamu. Seterusnya, ambillah sepotong (kain) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sayyidah dengan lafaz Qita'h iaitu sesuatu cebisan sebesar dua jari.

Berkata Ibn Qutaibah: potongan kain daripada 'misk' membawa makna wangian iaitu dengan mengambil potongan cotton atau kain perca dan disapukan pada permukaannnya.
Berkata Qadi I'yadh sebagimana yang banyak diriwayatkan ia adalh kulit iaitu dengan mengambil potongan daripadanya untuk disapu pada qubul supaya hilang darah pada kawasan- kawasan yang sempit kemudian diletakkan wangian padanya.

Maka bersucilah (bersihkanlah) ia dengan potongan kain tadi. Lalu Asma' bertanya lagi, bagaimana hendak aku bersuci dengannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah! kerana taa'jjub dengan sifat perempuan itu yang tidak menyembunyikan pertanyaannya (sedangkan Rasulullah s.a.w agak malu.) Saidatina Aisyah r.a berkata, maka wanita itu berpaling kepadaku lalu ku katakan padanya: Lalukanlah kain tersebut hingga hilang kesan- kesan darah yang melekat pada faraj.

Pengajaran Ayat :
Seorang guru hendaklah besedia untuk memberi jawapan kepada perkara- perkara yang tertutup atau tersembunyi. Sesungguhnya wanita itu telah bertanya tentang urusan agamanya. Seorang guru juga perlu mengulangi jawapan yang sama untuk memahamkan orang yang bertanya. Sesungguhnya seorang pelajar yang bijaksana mendengar dan memahami kata- kata gurunya. Hadis ini juga menjadi dalil kebaikan pekerti Rasulullah s.a.w , keagungan sifat lemah lembut dan pemalunya. Dalam satu riwayat lain, Rasulullah melafazkan Subhanallah sebanyak 3 kali, baginda berasa malu lantas memalingkan wajah Baginda s.a.w...



 

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...