Nukilan istimewa untuk saudara- saudaraku sekalian... Moga Allah menemukan kita dengan cinta yang istimewa.. Insya Allah..:)
Cinta Istimewa
Fitrah manusia perlukan cinta
Lantaran itu terciptanya Hawa
Hadiah Allah buat insan istimewa
Menemani Adam meniti bahagia
Tiada yang salah pada cinta
Andai diletak kena pada tempatnya
Cinta pertama cinta istimewa
Biar Allah dan Rasul di tempat utama
Namun alangkah hibanya
Bila nilai kesucian cinta
Disalah tafsir,menghapus pahala
Cinta yang suci terpalit noda
Akhi, beginikah kau katakan cinta
SMS berantai tanpa ada keperluan
Terus menagih sebuah jawapan
Konon mengharap sebuah bimbingan
Namun hatiku kau lalaikan dari Tuhan
Tidakkah kau fikirkan?
Ku ingin kau fahami akhi..
Cintaku bukan cinta murahan
Leka hanyut dibuai khayalan
Maaf ku tolak cinta tanpa ikatan
Biarlah saat ini cinta milik Tuhan
Istikharahku membisikkan jawapan
Kau bukan pilihan
Kerana hatiku belum ada keyakinan
Untuk menerima cinta seorang insan
Bukan ku tolak fitrah cinta
Ia hadir tanpa diminta
Ku fahami sebuah rasa
Namun maaf sekali lagi cinta tak boleh dipaksa
Aku pengemis cinta Tuhan
Masih merangkak mencari arah kehidupan
Izinkan ku untuk bebas dari angan
Yang belum pasti akan kesampaian
Silakan kau cari
Wanita solehah yang sudah lebih bersedia
Untuk menjadi sayap kirimu akhi
Kerana aku masih mempersiapkan diri
Untuk menjadi abdi yang mencintai Ilahi
Ku harap kau mengerti
2 ulasan:
serious x sanggup nak baca poem ni T.T
:) Zatul... Knp x sanggup??
Catat Ulasan