AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Ahad, 17 April 2011

Cerita di malam hening

Bismillahirrahmanirrahim...
Di tengah malam yang sepi ini.....
Ana mencuri sedikit ruang untuk melakarkan sesuatu di sini
Berkongi rasa hati yang rasa sukar untuk ditanggung bersendirian

Saat- saat begini tiba- tiba sahaja mengundang kesayuan di hati
Terkenang betapa kerdilnya diri di hadapan Ilahi
Terfikir betapa banyaknya dosa yang membaluti hati
Lantas pada Yang Maha Pengampun..
Ku pohonkan maghfirah dan rahmatNy...

Hakikatnya hari demi hari
Ana merasakan kehidupan ini semakin getir 
Terlalu banyak yang perlu ditempuh
Bukan sedikit mujahadah yang perlu
Semuanya menuntut keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t

Bersendirian ketika ini..
Kadangkala mengundang cahaya ketenangan di dalam hati
Sempat lagi bermuhasabah menghitung diri
Apakah telah sempurna amalan- amalan yang dilakukan siang hari tadi
Atau terpalit dosa pada hari ini yang mungkin kadang tidak kita sedari

Saat ini... 
Ana merasa sungguh bersyukur kepada Allah s.w.t
Kerana Dia masih mengurniakan ana sekeping hati yang hidup 
Untuk terus- terusan mengingati dan mengabdikan diri kepadaNya
Walau ana sendiri sedar dan insaf
Bahawa ibadat yang ana kerjakan masih tidak menepati kehendakNya

Tetapi ternyata anugerah kehidupan
Dengan cahaya keimanan dan keislaman yang ada di dalam jiwa
Ana merasakan kehidupan ini adalah satu anugerah yang tiada tara
Hati ini ingin
Agar sahabat- sahabat yang sangat ana cintai fillahi
Turut merasai kemanisan hidup 
Yang berpayungkan Iman dan Islam

Semakin ana melalui hari- hari dalam hidup ini
Semkin ana sedar dan Insaf
Bukan ringan amanah yang terpikul di bahu
Amanah sebagai anak
Amanah sebagai pelajar
Amanah sebagai pemimpin 
Tetapi yang paling penting dan berat
Amanah sebagai seorang abdi kepada Robbnya
Amanah sebagai seorang mukmin
Amanah sebagai seorang daie' ilallah
Apakah telah ana laksanakan sebaiknya??
Dan hanya ana yang tahu jawapannya
Amanah- amanah ini belum sempurna 
Dan terlalu banyak cacat cela

Lantas...
Kepada siapa lagi hendak diadukan rasa berat dan tidak berdaya ini
Kalau bukan kepada Sang Pencipta Yang Maha Pendengar???
Hasbunallahu wanikmal wakiil

Ya Allah...
Sesungguhnya diri ini berimpi
Untuk tergolong dalam kalangan hamba yangKau cintai...
Apa sahaja ujian yang Kau timpakan kepada diri ini
Dengan ikhlas ku redakan semuanya
Kerana hati kecilku yakin ada hikmah yang tersembunyi
Di balik apa sahaja yang terjadi

Kepada saudara saudari seaqidahku
Tulisan ana bertujuan
Agar antum merasai
Bahawa kehidupan kita di dunia ini
Tidak dapat lari dari amanah dan tanggungjawab
Bahkan kehidupan yang kita miliki hari ini
Juga merupakan amanah Allah kepada hamba- hambaNya

Justeru...
Marilah kita sama- sama bangkit dan berazam
Untuk menjadi duta Islam
Semoga dengan ini
Membantu Allah untuk mencintai kita

Sekian
Salam Mubaraak


Khamis, 31 Mac 2011

Kerana Dirimu Terlalu Berharga

Muslimah itu adalah satu anugerah terindah di dunia
Ia lembut namun tidak lemah
Mempesona namun tidak bersahaja
Ia tahu bagaimana untuk menjaga keizzahan dirinya
Ia tahu bagaimana menjaga akhlak dan kemuliaan
Itulah yang membuatkannya lebih istimewa berbanding wanita lain
Ilmunya telah mengangkatnya menjadi permata yang terindah dan sukar ditemukan di dunia ini
Moga itu adalah kamu dan kita semua...

Dahulu... sebelum munculnya sinar Islam
Wanita seolah- olah tiada nilainya
Zaman Jahiliyyah...
Anak- anak perempuan dibunuh hidup-hidup
Para wanita bebas digauli dan dikuasai oleh kaum lelaki
Dan pelbagai lagi bentuk kezaliman yang dilakukan
Tiada pembelaan...

Ketika Islam mula memayungi bumi
Wanita diangkat martabatnya..
Setanding golongan Adam
Tiada lagi diskriminasi
Kerana di sisi Allah s.w.t
Hamba yang terbaik adalah yang paling bertaqwa kepadaNya...

" Sesungguhnya wanita adalah perhiasan dunia.. Dan sebaik- baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"

Persoalannya..
Setelah Islam mengangkat tinggi kemuliaan wanita
Adakah kita telah berusaha untuk memelihara keizzahan diri kite???
Apakah kita benar- benar telah menjadikan Saidatina Khadijah r.a sebagai inspirasi
Untuk menjadi serikandi muslimah yang sejati...
Hanya kita yang ada jawapannya...
Renung- renungkanlah wahai insan istimewa

KETIKA CINTA ILAHI MENYAPA...

Assalamualaikum...
Entri kali ini ingin berkongsi...
Manisnya cinta Ilahi...

Sepanjang di rumah.. setelah selesai menduduki SPM dan menyambung STAM di Maahad Ahmadi, Negeri Sembilan...
Ana bermesej dengan sahabat- sahabat tersayang..
Untuk menjana kekuatan IMAN..
Sememangnya berteman dengan sahabat- sahabat yang soleh
Memberi kita inspirasi untuk mendekati Ilahi...

Satu hari, sahabat baik yang ana kasihi mengirim mesej..
Sahabatku...
CINTAILAH ALLAH...
Nescaya kau disenangi dunia...
KEJARLAH ALLAH..
Nescaya dunia mengejarmu..
Jangan sesekali mengejar dunia
Kerana ALLAH
Akan meninggalkanmu
Dan dunia berpaling menipu daya dirimu..
Utamakan pandangan Allah
Kerana pandangan manusia adalah suatu matlamat
Yang mustahil dipenuhi...

Lantas ana terfikir....
Apakah hati ini benar-benar telah diselubungi
Dengan rasa cinta kepada Ilahi

Terkenang masa silam bersama sahabat- sahabat tersayang
di Sekolah Menengah Agama Kampung Laut
kami saling mentarbiyyah diri
Untuk meraih cinta Ilahi...
Dan hari ini...
Zaman persekolahan yang indah itu
Telah kami tinggalkan...
Tetapi tarbiyyah yang kami lalui
Tetap terpahat di hati..
Dan kini bernujahadah untuk terus mempertahankan cinta Ilahi..
Walau di sana sini ujian tak kunjung henti


Lantas di sini ana tekad...
Bahawa Cinta Ilahi akan direbut
Sedaya mungkin...
Insyaallah... Tidak akan pernah mengecewakan
Kerana ia cinta yang pasti dan membawa ke Syurga hakiki...
Moga kita terpilih menjadi hamba yang dicintai Ilahi...


Ahad, 6 Mac 2011

KASIH SAYANG

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam mahabbah buat para pengunjung ke laman ini...
Hari ini, alhamdulillah kehidupan ana terasa tenang...
Walaupun sekarang ana sedang menghadapi imtihan qabul untuk STAM...

Saat ini, ana terasa terpanggil untuk membiarakan sebuah kisah..
Kisah yang berkaitan tentang hakikat kasih sayang
moga ada iktibar untuk semua, Insyaallah...



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang berbiara soal kasih sayang.

" Cikgu, maam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik dalam hidup kita sebagai orang yang paling kita sayang? Dan bagaimana kita nak memastikan kasih sayang itu berkekalan?"

Guru itu hanya tersenyum dan berkata kemudiannya. "Baiklah, sekarang kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang sana. Berjalanlah di atas rumput itu sambil memandang rumput di depan kamu. Pilihlah rumput yang paling cantik tanpa kamu menoleh ke belakang walaupun sekali dan bawa rumput itu ke kelas."

Pelajar itu pun menurut arahan gurunya. Tidak lama kemudian, dia tiba di kelas. Tetapi tiada sehelai pun rumput di tangannya.




Cikgunya pun bertanya, "kenapa tiada rumput pun yang kamu bawa ke kelas?"

Pelajar itu pun menjawab: " Tadi, masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik cikgu... Tapi, cikgu kata kena petik yang paling cantik. Jadi, saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.  Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Dah cikgu tak bagi saya berpatah ke belakang lagi, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Mendengar jawapan daripada si anak muridnya, guru tadi tersenyum dan berkata: Yang itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripadanya. Hargailah orang yang berada di depan kita sebaiknya. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik walaupun ada yang lebih baik dan cantik daripada mereka seperti rumput tadi.

Jadi...
Saudara saudariku...
Janganlah sesekali kita mengabaikan teman yang telah kita miliki
Hargailah mereka selagi mana masih ada di sisi
Kerana sahabat sejati terlalu sukar untuk dicari...
Sayangilah sahabat kita dan terimalah segala kelebihan dan kekurangan yang mereka miliki
Kerana kita sebenarnya diciptakan untuk takmil wa istikmal..

Yang terakhir dari ana...
Salam Perjuangan...

Sabtu, 5 Mac 2011

UKHUWWAH.... SATU ANUGERAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung yang sudi menatap tulisanku... Syukran jazilan...
Hari ini, Allah telah menitipkan sedikit kesempatan untuk ku melakarkan sesuatu di sini ..

Sengaja ku pilih tajuk ini... Ukhuwwah adalah satu anugerah..kerana rasa rindu yang menggamit kepada teman- teman seperjuangan dan adik- adik tersayang di bumi wakafan SMAKL... Doa ana mengiringi antum selalu...

Saudara saudariku sekalian, 
Tahukah antum bahawa ukhuwwah itu adalah satu anugerah daripada Allah kepada orang- orang beriman. Hanya orang- orang yang beriman dapat memahami dengan jelas definisi ukhuwwah Islamiyyah yang sebenarnya.. Allah s.w.t merakamkan hakikat pertalian antara orang mukmin di dalam al quran menerusi firmanNya: Sesungguhnya setiap mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan di antara saudaramu..

Sungguhnya, dalam mengungkapkan definisi ukhuwwah islamiyyah yang sebenarnya sememangnya tidak cukup hanya dengan sekadar berbicara menerusi pena, namun ia hanya mampu difahami dan dihayati oleh mereka yangmenjalinkan ukhuwwah semata- mata kerana Allah .. Hurm... Bagaimana ya ukhuwwah kerana Allah semata- mata?
 Ya... itulah sebenarnya sahabat.. Sahabat sejati membawa kita menuju Allah dan menjauhkan kita dari kemurkaanNya...
Sahabat sejati ingin berteman sampai ke syurga... Bukan hanya bersenang di dunia semata- mata...

Namun... hari ini realitinya tidak ramai yang mampu menghayati konsep ukhuwwah Islamiyyah yang sebenarnya kerana nipisnya keimanan kepada Allah... tapi apa kaitannya ukhuwwah dengan keimanan?

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w pernag bersabda: 7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah di hari yang mana tiada naungan selain dari naunganNya, antaranya adalah mereka yang bersahabat kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah semata.. Nah! Dapatkan antum saksikan di sini betapa berharganya UKHUWWAH FILLAH???

Ukhuwwah hanyalah anugerah Allah kepada orang- orang yang beriman.. Justeru, saudara saudariku sekalian,
Ayuhlah menyemai keimanan kepada Allah agar manisnya ukhuwwah kerana Allah akan dapat kita kecapi... 

Salam Sayang..




Ahad, 27 Februari 2011

Secangkir Kenangan di Bumi Wakafan

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan lafaz yang mulia ku mulakan entri ini..
Ternyata kesibukan menuntut ilmu telah membuatku kesuntukan waktu untuk menulis di laman ini..
Namun, alhamdulillah hari ini Allah memberi peluang untukku melakarkan sesuatu di sini setelah sekian lama menyepi..

Beberapa bulan yang lalu, ana telah pun selesai menduduki peperiksaan SPM bersama sahabat- sahabat tersayang di sebuah madrasah yang begitu menggamit rindu di jiwa kala ini...
SEKOLAH MENENGAH AGAMA KAMPUNG LAUT...
Ternyata didikan yang diterima di sana membuatkan hati sering ternanti- nanti dan tercari- cari peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi wakafan itu lagi..

Sekolah Menengah Agama Kampung Laut... Kalau dilihat pada nama,ya mungkin hanya biasa pada pendengaran.. Tetapi hanya jiwa- jiwa yang pernah merasai berada di sana dapat memahami betapa pentingnya keseimbangan antara ilmu duniawi dan akhirat... Terletak di sebuah kampung di daerah Kuala Terengganu, dikelilingi sawah padi dan sebuah tapak untuk projek taman sains besar- besaran yang sedang dalam pembinaan... Kami mempelajari tentang hakikat kehidupan... Yang baik dijadikan tauladan... yang buruk menjadi peringatan...

Ana dan sahabat-sahabat adalah generasi ke4 di madrasah kami. Andai dilihat secara zahir, mungkin infrastukturnya tidaklah semewah sekolah- sekolah yang lain, tetapi di sana kami tetap bahagia.. walaupun adakala ujian bak tsunami datang melanda...namun dengan sistem tarbiyyah Islamiyyah yang diterapkan, segala ujian Allah dapat kami tempuh dengan reda.

Kini, kami semua sedang menunggu rsult SPM yang bakal diumumkan tidak lama lagi.. Sudah tentulah kejayaan yang amat kami harapkan sebagai penghargaan untuk ibu bapa kami yang telah banyak berkorban segala- galanya untuk kami.. Guru-guru yang bersusah payah menyampaikan ilmu...
Namun, yang paling penting kejayaan kami adalh untuk deen kami yang haq.. Sesungguhnya pertolongan Allah jualah yang menjadi sandaran dan harapan...

Akhirul kalam... ana memohon pada Allah moga masih ada kesempatan untuk ana bersua dengan sahabat- sahabat dan guru- guru tercinta.. Moga Allah sentiasa mebthabatkan hati kita di atas jalanNya

SAHABAT- AMAR

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...