AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Ahad, 8 Mei 2011

Dedikasi Selamat Hari Ibu

Khas buatmu
Yang masih memiliki seorang ibu
Lafazkanlah kalimah syukur...

Masyaallah Saudara Saudari yang ana muliakan...
Ana minta antum perhatikan video klip ini dengan saksama
Mari kita lihat dengan mata hati


Ya
Itulah gambaran kesakitan seorng ibu
Kesakitan yang digambarkan
Tak mungkin sama seperti yang dirasakan

Oh...
Alangkah zalimnya kita selama ini
Alangkah jijiknya kita ini
Alangkah buruknya diri kita ini
Yang telah banyak menyakiti hati
Ibu, Emak, Ummi, Mama
Sedangkan mereka berhempas pulas
Bertarung hidup dan mati
Untuk melihat kita lahir di dunia...

Astaghfirullahala'zhim...
Astaghfirullahala'zhim...
Astaghfirullahala'zhim...

Saudara Saudari pengunjung yang ana muliakan
Sejujurnya ana juga bukanlah seorang anak yang solehah
Namun semenjak akhir- akhir ini
Allah telah memberi ruang untuk ana mengenali
Seorang anak yang cukup taat kepada mak dan ayahnya
Membuatkan hati kecil ana tersentuh

Baru- baru ini...
Sahabat ini mendapat tawaran ke maktab
Juga tawaran ke IPT dalam jurusan yang sangat diminati...
Dan dalam masa yang sama dia sedang mengikuti pengajian STAM di sekolah yang sama dengan ana
Dia dilema...
Antara 3 pilihan..
Akhirnya memutuskan..
Biarlah ibu bapanya yang menentukan...

Masyaallah... Saudara saudariku
Anak begini nak dicari di dunia hari ini
Satu dalam seribu...
Ana juga tidak mampu setaat sahabat ini
Peribadi ini lah yang ana kagumi...
Semoga Allah memberi yang terbaik untuknya...

Dedikasi khas buat insan yang bernama Ibu, Emak, Mama, Ummi...
Kami sedar dan insaf
Tanpa pengorbanan yang kalian hulurkan
Tidak mungkin kami mampu untuk melihat dunia pada hari ini
Mana mungkin kami mengecapi segala kemewahan dan kemanisan hidup

Wahai Ibu... Emak... Mama.... Ummi
Sudilah kiranya kau ampunkan anak- anakmu yang khilaf ini
Kami telah terlalai daripada peranan kami sebagai anak
Kami derhaka, degil, malas
Dan segala macam sifat buruk ada pada kami
Sedangkan kami tahu
Redha Tuhan pada redha kedua ibu bapa
Kami berjanji
Membentuk diri menjadi permata yang dicari oleh ibu bapa kami
Permata ' Anak- anak soleh'

"Allahummaghfirlanaa waliwaalidaij warhamnaa kamaa rabbayaana saghiiro"








1 ulasan:

~ Pelaut Rabbani ~ berkata...

sungguh,
tidak terbalas dgn harta dunia sekali pun utk menggantikn kedua ibu bapa,
hargainya sblm mrk pergi meninggalkn kita adlh amal yg mendtgkn seribu satu erti. (",)

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...