Bismillahirrahmanirrahim
Bicara ini ingin berkongsi tentang salah satu hadis nabawi yang telah dipelajari di Maahad Ahmadi STAM Gemencheh.
Semoga ia menambahkan ilmu dan menjadi ibrah atau iktibar untuk semua
Daripada Aisyah r.a, seorang wanita telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang cara membersihkan haid. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh wanita itu membasuhnya lalu bersabda: Ambillah cebisan kain daripada wangian dan bersucilah dengannya. Wanita itu bertanya: Bagaimana hendak bersuci dengannya? " Rasulullah kemudian bersabada lagi : "Maha Suci Allah! Bersucilah dengannya." Wanita itu berpaling kepadaku ( Aisyah ) lalu ku katakan kepadanya,
" Lalukanlah ia atas kesan- kesan darah"
Syarah Hadis
Wanita yang dimaksudkan dalam hadis ialah Asma' binti Syakl sebgaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sebahagian kpendapat mengatakan wanita tersebut adalah Asma' binti Yazid bin Sukkan Al Anshariyyah.
Dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w cara menyucikan darah haid sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan makna sucikanlah diri dengan sebaik- baik penyucian. Kemudian, jiruskanlah air atas kepala kamu, sental atau gosok dengan gosokan yang kuat sampai keseluruhan pangkal kepalamu. Lalu jiruskanlah air ke atas badan kamu. Seterusnya, ambillah sepotong (kain) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sayyidah dengan lafaz Qita'h iaitu sesuatu cebisan sebesar dua jari.
Berkata Ibn Qutaibah: potongan kain daripada 'misk' membawa makna wangian iaitu dengan mengambil potongan cotton atau kain perca dan disapukan pada permukaannnya.
Berkata Qadi I'yadh sebagimana yang banyak diriwayatkan ia adalh kulit iaitu dengan mengambil potongan daripadanya untuk disapu pada qubul supaya hilang darah pada kawasan- kawasan yang sempit kemudian diletakkan wangian padanya.
Maka bersucilah (bersihkanlah) ia dengan potongan kain tadi. Lalu Asma' bertanya lagi, bagaimana hendak aku bersuci dengannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah! kerana taa'jjub dengan sifat perempuan itu yang tidak menyembunyikan pertanyaannya (sedangkan Rasulullah s.a.w agak malu.) Saidatina Aisyah r.a berkata, maka wanita itu berpaling kepadaku lalu ku katakan padanya: Lalukanlah kain tersebut hingga hilang kesan- kesan darah yang melekat pada faraj.
Pengajaran Ayat :
Seorang guru hendaklah besedia untuk memberi jawapan kepada perkara- perkara yang tertutup atau tersembunyi. Sesungguhnya wanita itu telah bertanya tentang urusan agamanya. Seorang guru juga perlu mengulangi jawapan yang sama untuk memahamkan orang yang bertanya. Sesungguhnya seorang pelajar yang bijaksana mendengar dan memahami kata- kata gurunya. Hadis ini juga menjadi dalil kebaikan pekerti Rasulullah s.a.w , keagungan sifat lemah lembut dan pemalunya. Dalam satu riwayat lain, Rasulullah melafazkan Subhanallah sebanyak 3 kali, baginda berasa malu lantas memalingkan wajah Baginda s.a.w...

2 ulasan:
terima kasih atas perkongsia, ukhti ^^
Afwan Ya Ukhti,, sharing is caring
Catat Ulasan