AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Sabtu, 21 Mei 2011

Perbahasan dalam Ilmu Tauhid-Malaikat

Bismillahirrahmanirrahim...
Entri kali ini ingin berbicara dan berkongsi perbahasan tentang malaikat yang telah ana pelajari bagi silibus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Pengenalan


Lafaz ' malaikat' diulang- ulang dalam al quranul karim lebih daripada 70 kali dan diulang- ulang lafaz jamaknya ' muluk' sebanyak 13 kali.

Firman Allah s.w.t :
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi dan menjadikan malaikat sebagai utusan- utusan yang mempunyai sayap masing- masing ada dua, tiga, dan empat. Allah menambah pada ciptaanNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Alam Malaikat

Alam malikat adalah alam ghaib yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera. Kewujudannya bukan dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat atau dirasai dengan pancaindera. Sesungguhnya mereka daripada alam yang lain yang tidak dapat kita lihat yang tidak mkita ketahui tentang hakikat dan keadaan mereka melainkan Allah.

Sifat- Sifat Malaikat

  • Suci daripada syahwat dan dosa
  • Tidak makan dan tidak minum
  • Tidak disifatkan sebagai lelaki atau perempuan atau khunsa
  • Mereka daripada alam yang lain, berdiri di atas zatnya dan bergantung kepada diri sendiri
  • Allah s.w.t memberi mereka keupayaan untuk menyerupai dengan bentuk- bentuk yang baik
Buktinya, malaikat Jibril a.s telah datang kepada Maryam dengan rupa bentuk manusia yang cantik dan sempurna.

Allah s.w.t berfirman:

Dan ceritakanlah Muhammad kisah Maryam di dalam kitab Al Quran yaitu ketika dia mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur Baitul Maqdis.
Lalu dia memasang tabir yang melindungi dirinya dari mereka, lalu Kami mengutus roh Kami (Jibril) kepadanya, maka dia menampakkan diri di hadapan Maryam dalam bentuk manusia yang sempurna. - Surah Maryam: 16 - 17


Bermakna di sini, malaikat Jibril telah datang menemui Maryam dalam rupa bentuk manusia yang sempurna kerana sekiranya ia datang dalam rupa bentuk asal yang telah Allah ciptakan, maka sudah tentu Maryam akan lari daripadanya dan tidak mampu untuk berbicara dengannya.

Tempat Tinggal Malaikat

Para malaikat tinggal di langit.

Firman Allah s.w.t:

Dan tidaklah kami (Jibril) turun kecuali atas perintah TuhanMu. MilikNya segala apa yang ada di depan dan belakang kita dan segala yang ada di antara keduanya, dan TuhanMu tidak lupa.
Surah Maryam- 64

Dikatakan sebab turunnya ayat ini adalah kerana malaikat Jibril a.s telah terlewat bertemu Nabi Muhammad s.a.w untuk suatu jangka masa yang agak lama, lalu ketika man ia mendatangi Nabi dengan wahyu, lalu Nabi Muhammad s.a.w berkata: Wahai Jibril, apakah yang telah menghalangmu daripada menziarahiku sepertimana kau selalu menziarahiku? Lalu dijawab oleh Malaikat Jibril a.s :  Sesungguhnya aku juga merinduimu, akan tetapi aku hanyalah hamba yang mengikut perintah. Sekiranya aku diutuskan, maka ku akan datang. Dan sekiranya aku ditahan, maka aku menahan diriku (dari mendatangimu).

Para malaikat diciptakan oleh Allah s.w.t daripada cahaya sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Telah diciptakan malaikat itu daripada cahaya, diciptakan jin daripada pancaran- pancaran api neraka dan diciptakan Adam sebagaimana yang kamu sifatkan pada diri kamu.

Perbandingan antara Manusia dan Malaikat

Pendapat para ulama' ada mengatakan : Sesungguhnya para Anbiya', orang- orang soleh yang terpilih daripada kalangan manusia adalah lebih mulia daripada para malaikat kerana ketaatan malaikat kepada Allah s.w.t adalah merupakan tabiat yang telah wujud dalam diri mereka dan sifat berpalingnya mereka daripada maksiat merupakan fitrah yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka. Adapun Bani Adam, ketaatan mereka kepada Allah s.w.t kepada akhlak yang tertentu, muhasabah diri dan kekuatan menentang nafsu syahwat. Menjauhkan diri daripada maksiat juga menyebabkan mereka perlu kekuatan dan kesungguhan melawan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan.

Tugas- Tugas Malaikat

  1. Bertasbih menyucikan Allah dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Pencipta mereka
  2. Memberi penghormatan kepada orang- orang beriman dan mengazab orang- orang kafir
  3. Mendoakan rahmat dan keampunan bagi orang- orang beriman
  4. Mencatat amalan- amalan manusia
  5. Mencabut nyawa kwtika telah sampai ajal
  6. Menetapkan hati orang- orang mukmin yang berperang di Jalan Allah menentang musuh- musuh mereka 
  7. Berselawat ke atas Nabi dan orang- orang mukmin
  8. Mengaminkan doa bersama orang- orang yang solat
  9. Memberi penghormatan kepada para ulama' dan para malaikat gembira dengan kewujudan para ulama'
Sebenarnya setiap tugas para malaikat ini disertakan dengan dalil daripada Al Quranul Kariim tetapi ana tidak berkesempatan untuk menulisnya pada kali ini. Insyaallah pada ruangan yang akan datang, ana akan menyambung lagi tulisan ini.

Semoga perkongsian kali ini mendatangkan ilmu dan manfaat yang lebih besar kepada pengunjung dan mampu mentaqarrubkan lagi diri kita kepada Allah, InsyaAllah.

Sekian, Salam Perjuangan, Salam Satu Ummah.
Wassalam

Add caption


Tiada ulasan:

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...