AHLAN WASAHLAN

Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah

Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

DIARI WAFA 4- Siri Akhir

Bismillahirrahmanirrahim...
Muslimah Solehah...

Alhamdulillah, saat itu aku terasa seperti kembali kepada Wafa yang dulu. Wafa yang dikenali kerana ketegasannya terhadap muslimin, tetapi merupakan pengawas yang paling lembut terhadap adik- adik muslimat. Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh adik- adik juniorku dan juga sahibah- sahibah seperjuanganku, bukan dari bibirku sendiri. Apa yang penting, bukan kerana mereka aku melakukan semua ini. Aku hanya mahu mencari kemanisan cinta yang telah dirampas daripada hatiku hingga membuatkan imanku dihimpit sengsara. Aku ingin kembali kepada kasih sayang Ilahi.

Tit.. Tit.. One message received.

Lamunanku terganggu seketika. Ku tekan butang ‘open’

‘Girls are like apples on trees. The best ones are at the top of the tree. The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of failing and getting hurt. Instead, they just get the rotten apples from the ground those aren't as good, but easy. So, the apples at the top think something is wrong with them. When in reality they're amazing.They just have to wait for the right boy to come along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree.’ Lot of loves, Wardah Sungai Nil, Egypt

‘ Syukran ya sodiqati’, hatiku berbisik rindu.

Aku tersenyum lagi. Ketika mana hidayah Allah menerangi, maka jiwa yang gundah mencapai sakinah. Tiada lagi resah dan gelisah, yang ada hanyalah usaha untuk menghadapi setiap mehnah dengan tabah serta pergantungan yang berterusan kepada Allah.

Peristiwa itu ku kongsi dengan Humairah yang sejak akhir- akhir ini menjadi begitu rapat denganku memandangkan Wardah sahabat akrabku kini berada jauh di perantauan. Mungkin 4 tahun lagi, baru kami akan bertemu. Betapa peritnya perpisahan, namun itulah adat pertemuan. Kasih sayang kerana Allah itulah yang akan menjaga hubungan kami dan terus mengikat hati- hati kami untuk melalui jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Segala tindakanku terhadap Z ku luahkan kepada Humairah. Ternyata dia menyokong padu perbuatanku.

‘Alasan yang dia beri pada enti sewaktu enti mahu memperkenalkan dia kepada Saifullah menunjukkan dia tidak berhajat kepada tarbiyyah. Niatnya masih tidak ikhlas untuk menerima fikrah kita. Memang sepatutnya enti tinggalkan perkara yang boleh membuka pintu fitnah pada enti. Enti mesti kuat Wafa.’

Itulah pendapat yang diutarakan oleh Humairah. Bukan Humairah seorang, malahan seorang lagi sahabatku, Ummu menyetujui tindakanku.

‘Wafa, enti tak tahu bagaimana sikap lelaki kerana enti tak pernah terjebak dengan lelaki sebelum ini. Ana tahu serba sedikit sebab ana tak sebaik enti. Ana pernah couple dan apa yang ana nak enti tahu, lelaki memang bijak memujuk rayu Wafa. Kelemahan wanita adalah kerana jiwanya yang lembut lantas mudah diperdaya. Berhati- hati ye sahabatku dan doakan ana’

‘Ummu, ana juga tidak sebaik mana. Kita diuji dengan ujian yang berbeza untuk memperteguhkan keimanan kita kepadaNya. Ujian yang kita hadapi adalah sesuai dengan  tahap keimanan kita. Enti lebih hebat daripada ana, maka Allah menguji enti dengan ujian yang lebih berat berbanding ana.’

Begitulah yang ku utarakan kepada Ummu. Aku sebenarnya masih merangkak untuk mencari tempat di sisi Allah sebagai wanita solehah, dan ternyata aku juga sangat memerlukan doa daripada seorang sahabat.
Banyak perkara yang ku kongsikan bersama Humairah dan Ummu. Jiwaku terasa sedikit lapang. Kesetiaan mereka mendengar bicaraku sangat ku hargai. Merekalah sahabat yang ku sayangi dunia dan akhirat. Setakat ini, masih belum ada sesiapa yang dapat mengatasi kedudukan mereka di hatiku selain Allah, Rasul, Ibu bapaku. Mereka sudah seperti keluargaku sendiri. Harapanku, moga persahabatan ini kekal hingga ke Taman Firdausi.
Kata keramat itu masih melekat di mindaku.

“Ukhuwwah itu adalah satu anugerah”

“Anugerah makcik? Maksudnya? Nurul menyoal, tidak faham.

Ketika itu, aku dan beberapa orang sahabat sedang mengikuti halaqoh bersama Makcik Junaidah, salah seorang ahli PIBG sekolah dalam program ibu bapa angkat yang telah dilancarkan oleh pihak sekolah semenjak awal lagi penubuhan Madrasah Ibn Qayyim. Semuanya dilakukan bagi membantu kami para pemuda dan pemudi mendapatkan kefahaman yang jelas tentang Islam berpandukan Al Quran juga As- Sunnah. Alangkah murninya hati mereka.

“Ukhuwwah itu adalah anugerah Allah kepada orang- orang yang beriman. Tanpa keimanan anak-anak, persahabatan atau persaudaraan yang kita bina tidak akan bertahan. Ia akan sentiasa dihiasi dengan sifat- sifat mazmumah seperti buruk sangka, khianat, dusta, dengki, dan sebagainya. Jadi, jika persahabatan anak- anak hari ini masih terselit perkara- perkara sebegini, maka anak- anak harus periksa dan muhasabah kembali di mana silapnya. Hanya orang- orang yang beriman dapat menghayati nikmatnya ukhuwwah.”

Begitu panjang lebar huraian Makcik Junaidah. Nurul yang tadinya bertanya kelihatan terangguk- angguk faham. Dalam hatiku ketika itu merasakan sungguh mendalam pengertian ukhuwwah yang sebenar menurut perspektif Islam. Subhanallah.

Apabila masalah mengenai Z sudah sampai ke penghujungnya, aku merasa sedikit bebanan di pundakku terangkat. Benarlah dosa itu sesuatu yang membebankan jiwa dan perasaan. Sekiranya tidak segera ditinggalkan, maka ia menjadikan kita semakin terbeban, hati menjadi gersang dari cahaya keimanan, akal menjadi tumpul lalu pelajaran juga menjadi seuatu yang sukar. Hal ini digambarkan oleh Imam Syafie dalam kalamnya

العلم نور ونور الله لا يهدى للعاصى

‘Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan masuk ke dalam hati orang- orang yang melakukan maksiat’

PSPM 2 sudah bermula beerti perjuanganku di dunia matrikulasi hampir selesai. Aku banyak menghabiskan masa bersama Thahirah dan rakan – rakan sekelasku, Farhana, Hadila, Aisyah, Mimi, dan lain- lain. ‘Study Week’ yang diperuntukkan oleh pihak kolej kepada para pelajar kami manfaatkan semaksima mungkin. Di samping mengulangkaji pelajaran, kami juga makan, menuju ke musolla dan solat bersama. Jika ada antara kami yang diserang perasaan lemah dan tidak upaya, kami saling memperingatkan dengan kalamullah yang berbunyi

‘Janganlah kamu takut dan jangan pula kamu bersedih hati, sedangkan kamu adalah orang yang paling tinggi kedudukannya jika kamu adalah orang- orang yang beriman.’

Peperiksaan sudah tamat. Ada rasa gembira bermukim di dada namun tak dinafi, di hati ada satu gelora hiba. Sekali lagi, air mata menjadi teman setia saat mentari perpisahan mula menampakkan bayangnya. Sudah resam manusia, adat bertemu pasti berpisah. Jika ditakdirkan Allah, suatu hari nanti kita akan bersua lagi.

Kini, dunia matrikulasi telah 2 tahun ku tinggalkan. Apa khabar agaknya akhowat seperjuanganku di sana dahulu? Aku berdoa semoga setiap urusan mereka dipermudahkan walau di mana sahaja mereka berada dan istiqomah di jalan dakwah tarbiyyah. Thahirah khabarnya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam jurusan biotek di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pointer akhirnya yang cemerlang sewaktu program matrikulasi dahulu telah memudahkannya untuk menceburi bidang yang diminati. Apa yang menggembirakanku, Thahirah kini telah memilih tudung bawal yang lebih labuh, berbaju kurung dan berstokin menggantikan penampilannya yang dulu hanya sering berselendang dan bert-shirt pendek.Tampak lebih anggun dengan busana muslimah yang membaluti tubuh. Perkembangan dirinya dan foto terbarunya dikirim kepadaku melalui Facebook. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah. Semoga kau istiqomah, sahabat.

Muhaimin juga mendapat keputusan yang membanggakan. 4 flat! Dia menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Sewaktu majlis perpisahan kuliah kami di kolej, Muhaimin memanggilku untuk bersua. Ku ajak Thahirah menemani. Dia memohon maaf kerana telah bersangka yang buruk kepadaku tentang gosip antaraku dan Z.Dia mengetahui perkara yang sebenar melalui Saifullah yang telah berusaha membantuku dari jauh. Berkali- kali dia menyatakan sesalnya kerana tidak ambil endah akan permintaanku supaya dia membantu urusanku dengan Z dan berkali- kali juga dia memohon maaf kepadaku. Barulah aku tahu alasannya tidak membantuku dalam urusan Z. Dia telah tersalah sangka kepadaku!

“Ana lebih dekat dengan enti berbanding Saifullah, tetapi dia yang terpaksa membantu enti dari jauh. Maafkan ana mengabaikan tanggungjawab ana dan bersangka buruk pada sahibah sendiri”

Berubah rona wajahnya menahan malu.  Sejurus ku terdiam seketika mendengar butir bicaranya. Jauh di sudut hati, tidak ku nafi atma ini terguris kerana dia adalah sahabatku. Tetapi ku sedar, setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Aku juga pernah khilaf, jadi wajarlah sekiranya Muhaimin juga membuat kesalahan.

Dengan seikhlas hati ku pujuk diri untuk memaafkannya sepertimana Rasulullah s.a.w dengan ikhlas memaafkan semua penduduk kafir Makkah yang pernah menzaliminya sebelum peristiwa Pembukaan Kota Makkah. Jika dibandingkan keperitanku dengan Rasulullah s.a.w, tidak layak rasanya untukku menghukum orang lain kerana kesalahan mereka terhadapku. Aku berharap dengan kemaafanku kepada Muhaimin, maka manusia- manusia yang telah ku kasari dan sakiti sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sudi untuk memaafkan kesilapanku pula.

Aku terkenang zaman persekolahanku di Maahad Ibn Qayyim. Muhaimin adalah sahabat yang sama- sama pernah berikrar di madrasahku dulu bahawa jalinan ukhuwwah kami adalah lillahi taala. Kami telah bekerja di dalam satu jemaah dengan matlamat yang satu iaitu untuk menjadikan Allah sebagai satu- satunya dalam kehidupan kami, maka sudah tentu tidak wajar untukku mewarnai persahabatan ini dengan rasa dendam dan sakit hati. Biarlah kesalahan yang lalu dihembus pergi oleh bayu kemaafan. Dia adalah saudaraku atas dasar iman.

“Tak apalah Muhaimin, semuanya dah berlalu. Enta tak salah apa- apa pun dengan ana. Ana cuma harap apa yang telah berlaku menjadi ibrah bagi kita semua. Seminima- minima ukhuwwah adalah berbaik sangka. Jika tiada sifat ini, maka tiada langsung ukhuwwah antara kita. Semoga enta istiqomah di jalan ini dan cemerlang dunia akhirat. Assalamualaikum.”

Aku pantas menarik Thahirah dan berlalu. Entah kenapa, ada sayu yang mencuit tangkai hati. Aku tak mahu berlama- lama di situ melayan murahnya air mata. Aku mahu setabah Aisyah r.a ketika difitnah. Ku yakin bahawa aku akan mendapat pembelaan dari Allah. Semoga musibah ini menjadi kaffarah kepada dosa- dosaku.

‘Dan musibah apa pun yang menimpa dirimu adalah kerana tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan- kesalahanmu.’ Asy-Syura: 30

Aku tidak tahu apa reaksi Muhaimin ketika ku lafazkan kata- kata itu dan aku tidak mahu tahu. Apa yang ku tahu, aku telah berusaha untuk memulihkan kepercayaan seorang sahabat terhadapku. Selebihnya ku serahkan kepada Allah.

‘Sekiranya kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang- orang yang bertawakkal.’

Khabar Z kini tidak ku ketahui dan aku tidak sempat untuk bertanya kepada Saifullah, adakah Z telah menghubunginya. Walau apapun yang terjadi, dia adalah saudara seakidahku. Semoga Allah sentiasa memimpinnya ke jalan yang benar dan diredai.

Apabila terkenang dosa- dosa semalam, terasa kotornya diri.  Pada Allah jua ku tumpahkan air mata penyesalan. Di sepertiga malam ku bangunkan diri untuk bertahajjud memohon keampunan, padaNya jua aku meminta agar setiap langkahku, tindakanku, dan perbuatanku berpandukan bimbingan dariNya. Aku tidak mahu terlepas dari jagaan dan pemerhatian Allah walau hanya sesaat atau kadar masa yang lebih singkat daripada itu kerana aku takut terjatuh semula ke lembah kemaksiatan.

Dan aku kini sedang menghirup udara nikmat di Kota Irbid, Jordan. Alhamdulillah impianku untuk menjejakkan kaki ke negara timur tengah telah tercapai. Walaupun aku meneruskan pembelajaran dalam bidang farmasi di JUST, Jordan University Science and Technology, namun cintaku pada bahasa Al- Quran tidak dapat dihalang. Atas alasan itulah, aku memilih untuk melanjutkan pelajaran di bumi bertuah ini. Di samping mempelajari ilmu duniawi untuk menyumbang bakti kepada masyarakat, aku juga ingin mempersiapkan diri dengan ilmu ukhrawi, bukan sekadar untuk diriku, malah untuk masyarakat si sekelillingku juga.

Aku ingin membuktikan bahawa orang Islam juga mampu untuk menguasai bidang sains dan agama. Insya Allah akan lahir lagi generasi baru abad ini seperti Ibn Sina, Al Khawarizmi, Ibn Bathuta, Al Khindi, Al Faraabi dan lain- lain. Semoga aku adalah salah seorang daripada mereka yang akan menonjolkan kehebatan Islam kepada masyarakat, yang akan mengegemparkan para kuffar laknatullah, yang akan mewarnai kembali dunia ini dengan cahaya keislaman setelah sinarnya selama ini dimalapkan oleh musuh- musuh Allah.

‘Mereka (orang- orang kafir) hendak memadamkan nur Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya sekalipun orang- orang kafir membencinya.’ As- Saff: 8

Aduhai diri, Bangkitlah dan lahirlah sebagai manusia yang baru setelah disucikan dengan air mata taubat. Biarlah dosa- dosa semalam berlalu bersama aliran wuduk keinsafan. Marilah bersama menaiki gerabak dakwah ini kerana walau tanpa engkau di dalamnya, gerabak ini akan tetap terus berjalan menuju destinasi abadi yang dijanjikan Allah dengan penuh kenikmatan, iaitu Jannatul Firdausi. Oleh itu, bertahanlah dengan sedikit kepahitan untuk sesuatu yang lebih manis.

‘Apabila ditanya mengapa perjuangan ini pahit?’

‘Jawabnya kerana syurga itu manis.’

Selamat berjuang di jalan Allah, Wafa Zuhairah.

2 ulasan:

Rintihan HambaMu berkata...

assalamualaikum..

tahniah kpd enti dgn perubhn yang mantap!

kembali dgn taubat bknlah satu kemunduran ttpi satu kemajuan yang positif..

moga enti sntiasa bersmngt mengejar cinta Allah..& moga Allah mudhkan segala urusan enti..

wslm..

Unknown berkata...

Jazakilah ya ukhti, Insya Allah..

SWeEt 4th GeNErattion SAhiBah SMA KG LAUT

AiSyah
AmiRaH
Anis
BaZilaH
FatOnaH
HaWa
aDieBah
FatiN
ShahIdah
ShaziYah
SoLehAH
SyA
SyaZwaNi
AtiQah
HaNa'
SaRAh
SItI
SaUdaH
YuMNi
ZaTUl
IRa
UhiBBuKUnna FillaH AbadaN aBadA...