Salam Ihtiram buat para pengunjung yang sudi berkunjung ke laman ini. Semoga kalian mendapatkan sesuatu yang bermanfaat setelah meninggalkan laman ini. Sebarang cadangan dan komen yang membina adalah amt dialu- alukan dalam rangka berhijrah ke arah yang lebih baik... Mari bersama kita kejar manisnya Cinta Ilahi.. Insya Allah
Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami pada Bulan Ramadan
Bismillahirrahmanirrahim,,
Rasenya da lama jgak x update blog ni...
Hurm, alhamdulillah hari ini ,18 rejab Allah bagi peluang untuk ana nukilkan sesuatu di sini
Sebenarnya entri kali ini istimewa untuk seseorang yang tersayang
Walaupun mungkin beliau tak pernah tahu
Ada entri di sini yang teristimewa untuknya
Atau mungkin tak pernah membuka pun laman ini
Sebab,, beliau memang sibuk,,
huhuh.. ape yang ana merapu ni
So,, agaknyer sape yer insan tu?? Kalian nak tau ker???
Hurm,,, cube tengok picture kat bawah ni
MY HERO
Kalau nak tau, ni la my hero!!!!
Insan yang telah bersama membawa ana lahir ke dunia ni
Insan yang telah membesarkan dan mendidik dengan kasih sayang
Insan yang banyak berkorban tenaga bekerja menyara kehidupan kami sekeluarga
Insan yang sudi menyekolahkan ana supaya menjadi anak yang berilmu dan solehah
He's my WALID,,,
Yang selalu bersabar dengan anaknye yang menulis entri ni
Ana tak tau nak express camane perasaan ni
Tiba2 rasa sayu bila teringat abah
Maklumla kalau ana fikir balik
Ana rase ana belum lagi jadi anak solehah
Sebagaimana yang dia impikan
Sebenarnya,, ana teringat waktu hari lahir ana 2 hari yang lalu
Yang first sekali ahli keluarga yang wish
My father,,
Mase tu malam 16 Jun,, hari lahir ana 17 haribulan
Abah hantar mesej
Tapi ana da tido
Ana terjaga balik waktu pukul 3.00 pagi
Bangun sebab alarm da bising
Then nampak kat henset
1 message.. Abah..
Ana pun buka...
" Salam... Selamat Hari Lahir,,, moga jadi anak solehah seta anak syurga... Abah sayang kaklong.."
Then,, mase tu jugak air mata tak semena2 tumpah
(Sebenarnya menulis entri ni dengan linangan air mata, sensitif...)
Abah,
Walau dalam ketegasan terselit kasih sayang
Ana tersenyum bersama linangan air mata
Dalam hati ada rindu...
Kadang- kadang bile abah marah
Memang tak suka
Tapi sebenarnya salah sendiri jugak kan,,,
Apa pun,, manusia memang ada kelebihan dan kekurangan
Dan ana bersyukur kerana masih ada seorang ABAH...
So, sahabat- sahabat sekalian,,
Sebenarnya ana tulis entri kali ni pasal ayah
Sebab sekarang ni kan bulan hari bapa
Lagipun kalau kita renungkan sama- sama
Banyak kan pengorbanan ayah kita
Memang tak kan mampu nak kita bayar
Kita beruntung,,,
Ada seorang ibu
Ada seorang ayah
Yang mana mak atau ayahnya dah meninggal dunia
Tentu dia rasa kesunyian dan kehilangan
Kita patut bersyukur sangat- sangat kan
Mak ayah kita tak buang kita dekat dalam longkang
Atau tong sampah
Tak biarkan kita kedinginan dan bersendirian di serambi masjid
Tak flush kita dalam toilet
Macam mana yang banyak menimpa bayi- bayi comel sekarang
Jadi ape patut kita buat sekarang???
Tepuk dada, tanya Iman...
Especially untuk abah,,,
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan
Kaklong minta maaf segala salah silap
Sayang abah duna akhirat... Insya Allah...
Moga kita sama- sama dapat menjadi anak soleh solehah dan anak syurga ye sahabat2
Salam sayang kerana Allah, salam perjuangan...
Sesungguhnya anak soleh adalh permata berharga bagi ibu bapa
Hurm,, sebenarnya untuk makluman para pembaca sekalian,,,
Ana sediiiiiiiiiiiiiih sangat sekarang, serius!!!
Sebab,....
Sekarang ni musim perpisahan antara ana dan sahabat- sahabat
Di Maahad Ahmadi STAM Negeri Sembilan
Masing- masing terpisah
Kerana mengejar cita- cita
Walau seketika memori terlukis
Namun syuur ukhuwwah x kan mampu dilukis dengan kata- kata
Sememangnya Ukhuwwah adalah satu anugerah Allah yang cukup indah
Istimewa untuk orang- orang beriman
Ternyata emosi yang tidak diurus dengan baik
Akan menyebabkan akal kita dikuasai kelemahan
Musim Imtihan yang berlangsung
Tidak ana lalui dengan penuh semangat
Sepertimana pada Imtihan yang pertama bulan 3 lalu
Ana dapat rasakan mungkin akan ada kemerosotan pada result ana kali ini
Ya Allah,,,...
Tak cukup dengan perpisahan ini
Sekali lagi hati ini teruji
Apabila kehilangan orang yang tersayang
Buat selama- lamanya...
Datuk sebelah ibu ana menghembuskan nafas yang terakhir
Di saat ana sedang mengharungi musim imtihan yang terasa begitu memenatkan...
Malah ana juga tidak diberitahu tentang pemergiannya pada malam Rabu
Bersamaan 25 Mei 2011
Sehinggalah ana menghubungi emak ana yang rupa- rupanya sudah pun di kampung
Saat emak memberitakan pemergian arwah atuk,...
atau yang kami cucu- cucunya panggil sebagai
Tok Bak...
Perasaan ana bercampur baur,,
Rasa x percaya..
Sebak bergumpal- gumpal menekan dada
Dalam hati hanya berbisik
Ya Allah,, kuatkanlah aku...
Teringat perbualan dengan emak dalam telefon
" Kaklong, mak nak bagitahu ni, kaklong jangan terperanjat yer",
Pada masa itu, ana sudah dapat menghidu sesuatu yang tidak baik
Kerana ana pernah mengalami situasi yang sama
Suatu masa dahulu
" Kenapa pulak ni mak? Ana membalas, menahan sebak. Air mata sudah mula bertakung
" Tok Bak dah tak ada." Kalimah yang meluncur daripada mulut emak serentak membuatkan empangan air mata yang sedari tadi ditahan pecah..
Sepatah ana bertanya, " Bila?"
" Malam semalam, " beerti hari Rabu...
" Kaklong sabar ye. Jangan menangis. emak memujuk.
Ana yang mendiamkan diri seketika menyambung dalam sebak,
" Memangla menangis, tak kan nak tergelak pulak. Kenapa mak tak bagitahu kaklong? "
" Esok periksa ape?
Ana menjawab," Tauhid Mantiq dan Adab Nusus"
" Ok, buat elok- elok. Jangan fikir sangat. Nanti kaklong balik, kita ziarah kubur Tok
Ana hanya terdiam mendengar bicara emak.
Tak mampu bersuara.
Air mata terus mengalir laju.
Akhirnya ana membalas
" InsyaAllah mak. Mak kirim salam pada abah ye.
Assalamualaikum...
Lalu henset di tangan ana lepaskan. Bersama air mata yang masih setia menemani.
Ya Allah...
Seberat inikah ujianMu??
Mampukah aku???
Tiba- tiba seorang sahabat ana menghubungi.
Lantas pada dia ana curahkan kesedihan
Tetapi bersama suara yang terkawal
Setelah sedikit nasihat diberi, kami menamatkan perbualan.
Tak lama, henset ana berbunyi kembali
Tanda mesej masuk
Rupa- rupanya sahabat tadi
Menghantar pesanan
Sarat nasihat dan hikmah
Dalam hati ana hanya mampu melafazkan
" Syukran Sahabat".
Kemudian
Petang itu
Ana mengambil keputusan untuk muhasabah diri
TIBA- TIBA HATI ANA TERSENTAK!!!
Bukankah ujian satu tarbiyyah daripada Allah???
Teringat zaman persekolahan di Sek Men Agama Kg. Laut
Mehnah yang dihadapi bukan sedikit
Lebih- lebih lagi bila diamanahkan sebagai pengawas
AMANAH DAKWAH, TARBIYYAH, MENTOR MENTEE, DAN MAHIR AL QURAN
Kini,, ana sudah pun keluar daripada medan yang mentarbiyyah itu
Sedang berusaha untuk mewujudkan medan itu di tempat baru
Namun terasa masih gagal
Kerana diri sendiri masih gagal untuk amanah
Amanah sebagai pelajar
Terabai kerana emosi
Amanah sebagai abdi
Terabai juga kerana kalah pada emosi
Ternyata perasaan merasakan kebersamaan Tuhan dengan kita masih jauh,,,
Ternyata tarbiyyah yang dilalui di SMAKL belum mampu menjadi benteng yang kukuh
Untuk menggenggam ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan
Rasulullah SAW bersabda :
”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia ditimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.” ( Riwayat Muslim )
Ya Allah, bila teringat saat mula- mula mendengarkan hadis ni, satu bisikan menjengah di hati...
Hebatnya orang yang meyakini Allah sebagai Ilah dan Robb
Kuatnya orang yang berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w
Adakah kalian merasai kehebatan ini wahai saudara- saudari yang budiman???
Lantas ana mengintrospeksi diri
Adakah Aku orang beriman???
Beginikah caranya orang beriman menghadapi ujian Allah???
Tidakkah diri ini sedar bahawa ujian itu sebagai medan menambah kekuatan
Untuk mencintai dan mendekatkan diri pada Tuhan???
Dan di saat itu juga,
Air mata penyesalan itu gugur
Kesal kerana mengetahui hakikat betapa rapuhnya pergantungan hati ini pada Allah
Bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang???
Ibrahnya di sini???
Bagi ana dan kalian mungkin
Ternyata sehebat mana pun seorang manusia
Dia tidak akan terlepas dari amatan Tuhan
Setiap hari dia tetap akan diuji
Sama ada dengan kesenangan atau kesusahan
Namun ternyata ramai manusia yang tertipu dengan kesenangan
Leka bergembira hingga melupakan Tuhan
Maka kerana kasih sayang Ilahi
Dia titipkan sedikit kesusahan
Agar si kaya yang diulit dengan kemewahan
Kembali kepada Tuhan
Agar manusia yang dikurniai pangkat dan jawatan
Tunduk kepada keagungan dan kekuasaan Tuhan
Agar semua hamba yang diuji dengan penderitaan
Menyedari nilai kasih sayang Tuhan
Lalu, saat ini ana menanam tekad
Untuk bersungguh- sungguh dalam menimba ilmu
Bukan kerana hanya inginkan kecemerlangan dan kebanggaan
'Mumtaz Soffi' semua pelajaran!!!
Insya Allah sama sekali bukan itulah tujuan utama
Walaupun ia terselit sebagai harapan
Namun matlamat utama bagi mukmin
Dalam apa jua tindakannya
Hanya untuk meraih Keredaan ILAH!!!!
Memang payah!!!
Teramat payah!!!
Hanya pada Allah jua dipohon kekuatan
HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIIIL!!! Ana berharap entri kali ini Dapat dijadikan ibrah untuk semua Moga kita sentiasa disayangi Allah
Sekadar perkongsian ilmu yang telah dipelajari di Maahad Ahmadi STAM
Pengertian Ulumul Quran
Ulumul Quran adalah ilmu- ilmu yang terdiri daripada perbahasan- perbahasan yang berkaitan dengan Al- Quranul Karim dari sudut penurunannya seperti mengetahui apakah surah pertana yang diturunkan daripadanya atau mengenai sebab turunnya sesuatu ayat, dari sudut penulisan dan pengumpulannya, gaya bahasa dan mukjizatnya serta dari aspek tafsir ayat yang menjelaskan tentang lafaz dan maknanya.
Kandungan Ulumul Quran adalah al Quran itu sendiri.
Faedah Mempelajari Ulumul Quran
Sesungguhnya ia memberi kita satu gambaran yang sempurna tentang Al Quranul Karimdari sudut penurunan, pentafsiran, pengumpulan, dan penulisannya
Kita mampu menolak perkara- perkara yang syubhah dan batil kesan daripada orang- orang yang jahil tentang Ulumul Quran
Kita dapat mengetahui sejauh mana kesungguhan yang telah dilipatgandakan oleh para ulama' untuk berkhidmat kepada Al Quran
Oleh itu, saudara saudari sekalian
Ayuh kita sama- sama mendalami Ulumul Quran ini
Kerana tak kenal maka tak cinta
Bila kita mendalami ilmu ini
Insyaallah hati kita akan terpaut kepada Al Quran
Sekian dulu coretan kali ini
Salam Satu Ummah
Salam Perjuangan Lillahi Taa'la
Bismillahirrahmanirrahim...
Entri kali ini ingin berbicara dan berkongsi perbahasan tentang malaikat yang telah ana pelajari bagi silibus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Pengenalan
Lafaz ' malaikat' diulang- ulang dalam al quranul karim lebih daripada 70 kali dan diulang- ulang lafaz jamaknya ' muluk' sebanyak 13 kali.
Firman Allah s.w.t : Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi dan menjadikan malaikat sebagai utusan- utusan yang mempunyai sayap masing- masing ada dua, tiga, dan empat. Allah menambah pada ciptaanNya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Alam Malaikat
Alam malikat adalah alam ghaib yang tidak dapat dicapai dengan pancaindera. Kewujudannya bukan dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat atau dirasai dengan pancaindera. Sesungguhnya mereka daripada alam yang lain yang tidak dapat kita lihat yang tidak mkita ketahui tentang hakikat dan keadaan mereka melainkan Allah.
Sifat- Sifat Malaikat
Suci daripada syahwat dan dosa
Tidak makan dan tidak minum
Tidak disifatkan sebagai lelaki atau perempuan atau khunsa
Mereka daripada alam yang lain, berdiri di atas zatnya dan bergantung kepada diri sendiri
Allah s.w.t memberi mereka keupayaan untuk menyerupai dengan bentuk- bentuk yang baik
Buktinya, malaikat Jibril a.s telah datang kepada Maryam dengan rupa bentuk manusia yang cantik dan sempurna.
Allah s.w.t berfirman:
Dan ceritakanlah Muhammad kisah Maryam di dalam kitab Al Quran yaitu ketika dia mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur Baitul Maqdis. Lalu dia memasang tabir yang melindungi dirinya dari mereka, lalu Kami mengutus roh Kami (Jibril) kepadanya, maka dia menampakkan diri di hadapan Maryam dalam bentuk manusia yang sempurna. - Surah Maryam: 16 - 17
Bermakna di sini, malaikat Jibril telah datang menemui Maryam dalam rupa bentuk manusia yang sempurna kerana sekiranya ia datang dalam rupa bentuk asal yang telah Allah ciptakan, maka sudah tentu Maryam akan lari daripadanya dan tidak mampu untuk berbicara dengannya.
Tempat Tinggal Malaikat
Para malaikat tinggal di langit.
Firman Allah s.w.t:
Dan tidaklah kami (Jibril) turun kecuali atas perintah TuhanMu. MilikNya segala apa yang ada di depan dan belakang kita dan segala yang ada di antara keduanya, dan TuhanMu tidak lupa.
Surah Maryam- 64
Dikatakan sebab turunnya ayat ini adalah kerana malaikat Jibril a.s telah terlewat bertemu Nabi Muhammad s.a.w untuk suatu jangka masa yang agak lama, lalu ketika man ia mendatangi Nabi dengan wahyu, lalu Nabi Muhammad s.a.w berkata: Wahai Jibril, apakah yang telah menghalangmu daripada menziarahiku sepertimana kau selalu menziarahiku? Lalu dijawab oleh Malaikat Jibril a.s : Sesungguhnya aku juga merinduimu, akan tetapi aku hanyalah hamba yang mengikut perintah. Sekiranya aku diutuskan, maka ku akan datang. Dan sekiranya aku ditahan, maka aku menahan diriku (dari mendatangimu).
Para malaikat diciptakan oleh Allah s.w.t daripada cahaya sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Telah diciptakan malaikat itu daripada cahaya, diciptakan jin daripada pancaran- pancaran api neraka dan diciptakan Adam sebagaimana yang kamu sifatkan pada diri kamu.
Perbandingan antara Manusia dan Malaikat
Pendapat para ulama' ada mengatakan : Sesungguhnya para Anbiya', orang- orang soleh yang terpilih daripada kalangan manusia adalah lebih mulia daripada para malaikat kerana ketaatan malaikat kepada Allah s.w.t adalah merupakan tabiat yang telah wujud dalam diri mereka dan sifat berpalingnya mereka daripada maksiat merupakan fitrah yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka. Adapun Bani Adam, ketaatan mereka kepada Allah s.w.t kepada akhlak yang tertentu, muhasabah diri dan kekuatan menentang nafsu syahwat. Menjauhkan diri daripada maksiat juga menyebabkan mereka perlu kekuatan dan kesungguhan melawan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan.
Tugas- Tugas Malaikat
Bertasbih menyucikan Allah dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Pencipta mereka
Memberi penghormatan kepada orang- orang beriman dan mengazab orang- orang kafir
Mendoakan rahmat dan keampunan bagi orang- orang beriman
Mencatat amalan- amalan manusia
Mencabut nyawa kwtika telah sampai ajal
Menetapkan hati orang- orang mukmin yang berperang di Jalan Allah menentang musuh- musuh mereka
Berselawat ke atas Nabi dan orang- orang mukmin
Mengaminkan doa bersama orang- orang yang solat
Memberi penghormatan kepada para ulama' dan para malaikat gembira dengan kewujudan para ulama'
Sebenarnya setiap tugas para malaikat ini disertakan dengan dalil daripada Al Quranul Kariim tetapi ana tidak berkesempatan untuk menulisnya pada kali ini. Insyaallah pada ruangan yang akan datang, ana akan menyambung lagi tulisan ini.
Semoga perkongsian kali ini mendatangkan ilmu dan manfaat yang lebih besar kepada pengunjung dan mampu mentaqarrubkan lagi diri kita kepada Allah, InsyaAllah.
Sekian, Salam Perjuangan, Salam Satu Ummah.
Wassalam
Bismillahirrahmanirrahim
Bicara ini ingin berkongsi tentang salah satu hadis nabawi yang telah dipelajari di Maahad Ahmadi STAM Gemencheh.
Semoga ia menambahkan ilmu dan menjadi ibrah atau iktibar untuk semua
Daripada Aisyah r.a, seorang wanita telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang cara membersihkan haid. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh wanita itu membasuhnya lalu bersabda: Ambillah cebisan kain daripada wangian dan bersucilah dengannya. Wanita itu bertanya: Bagaimana hendak bersuci dengannya? " Rasulullah kemudian bersabada lagi : "Maha Suci Allah! Bersucilah dengannya." Wanita itu berpaling kepadaku ( Aisyah ) lalu ku katakan kepadanya, " Lalukanlah ia atas kesan- kesan darah"
Syarah Hadis
Wanita yang dimaksudkan dalam hadis ialah Asma' binti Syakl sebgaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sebahagian kpendapat mengatakan wanita tersebut adalah Asma' binti Yazid bin Sukkan Al Anshariyyah.
Dia bertanya kepada Rasulullah s.a.w cara menyucikan darah haid sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan makna sucikanlah diri dengan sebaik- baik penyucian. Kemudian, jiruskanlah air atas kepala kamu, sental atau gosok dengan gosokan yang kuat sampai keseluruhan pangkal kepalamu. Lalu jiruskanlah air ke atas badan kamu. Seterusnya, ambillah sepotong (kain) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sayyidah dengan lafaz Qita'h iaitu sesuatu cebisan sebesar dua jari.
Berkata Ibn Qutaibah: potongan kain daripada 'misk' membawa makna wangian iaitu dengan mengambil potongan cotton atau kain perca dan disapukan pada permukaannnya.
Berkata Qadi I'yadh sebagimana yang banyak diriwayatkan ia adalh kulit iaitu dengan mengambil potongan daripadanya untuk disapu pada qubul supaya hilang darah pada kawasan- kawasan yang sempit kemudian diletakkan wangian padanya.
Maka bersucilah (bersihkanlah) ia dengan potongan kain tadi. Lalu Asma' bertanya lagi, bagaimana hendak aku bersuci dengannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah! kerana taa'jjub dengan sifat perempuan itu yang tidak menyembunyikan pertanyaannya (sedangkan Rasulullah s.a.w agak malu.) Saidatina Aisyah r.a berkata, maka wanita itu berpaling kepadaku lalu ku katakan padanya: Lalukanlah kain tersebut hingga hilang kesan- kesan darah yang melekat pada faraj.
Pengajaran Ayat :
Seorang guru hendaklah besedia untuk memberi jawapan kepada perkara- perkara yang tertutup atau tersembunyi. Sesungguhnya wanita itu telah bertanya tentang urusan agamanya. Seorang guru juga perlu mengulangi jawapan yang sama untuk memahamkan orang yang bertanya. Sesungguhnya seorang pelajar yang bijaksana mendengar dan memahami kata- kata gurunya. Hadis ini juga menjadi dalil kebaikan pekerti Rasulullah s.a.w , keagungan sifat lemah lembut dan pemalunya. Dalam satu riwayat lain, Rasulullah melafazkan Subhanallah sebanyak 3 kali, baginda berasa malu lantas memalingkan wajah Baginda s.a.w...